Kucing sememangnya haiwan yang comel, lebih-lebih lagi jika ia dijaga dengan baik oleh tuan yang memeliharanya.
Seekor kucing dari China baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai peminat si bulus kerana dia berjaya memecahkan rekod dunia Guinness atau Guinness World Record apabila menjadi kucing yang paling laju bermain skateboard sejauh 10 meter iaitu dalam masa 12.85 saat sahaja.
Memetik laman web rasmi Guinness World Record, kucing baka American Shorthair yang diberi nama Bao Zi itu hanya berusia setahun lapan bulan namun ia pandai menaiki skateboard.
Artikel berkaitan: ‘Founder’ Jenama Tudung Sambut Birthday Kucing, Siap Pakaikan Baju Bertatah Swarovski
Artikel berkaitan: Mudah Betul Ada Aplikasi Kucing Ni, Sekali Suruh Terus Buat
Menurut tuannya iaitu Li Jiangtao, Bao Zi pada mulanya dipelihara di rumahnya agar kucing itu boleh membantu menangkap tikus.
Namun, lama-kelamaan, tuannya itu perasan akan kebolehan Bao Zi yang cerdik dan nampak minat bermain dengan skateboard atau papan selaju.
Sebelum itu, Li Jiangtao memang sering melatih anjing-anjing selama lebih sedekad dan dia juga sering bermain papan selaju bersama anjing-anjingnya.
Mungkin lepas kucing tu tengok anjing tu main skateboard dengan tuannya, ia pun turut suka bermain dengan skateboard berkenaan.
Difahamkan, Li Jiangtao mengambil masa setahun untuk mengajar kucingnya itu bermain skateboard.
Selain itu, kucing itu juga pandai menekan loceng pintu dan melompat melepasi halangan setelah diajarkan oleh tuannya.
Sumber: Guinness World Record