in

“Patutnya driver mabuk tu kau hukum” – Netizen Tak Puas Hati Lelaki OKU Dipenjara Gara-Gara Cuba Bunuh Diri

Oku Kena Penjara

Makin lama makin banyak berita tentang cubaan bunuh diri berlaku di negara kita yang dilaporkan oleh media tempatan. Tapi, kes terbaru membabitkan seorang lelaki dari Terengganu ini telah menaikkan kemarahan warganet yang tidak setuju dengan keputusan mahkamah.

 

OKU kena hukum penjara sebab cuba bunuh diri

Menurut Astro Awani, seorang lelaki berstatus kurang upaya (OKU) telah dijatuhi hukuman penjara atas pertuduhan cuba membunuh diri.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan terhadap Mohamad Sani Isa, 38, selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba membunuh diri dengan menjerut lehernya menggunakan tali nilon.

Oku1
sumber: astro awani

 

Tekanan hidup, nekad gantung diri

Ketika kejadian kira-kira jam 10.10 malam pada 23 Disember lepas, Mohamad Sani didakwa cuba menggantung dirinya pada siling sebuah rumah di Kuala Nerus dipercayai akibat tekanan hidup.

Gantung Diri
gambar hiasan

Mohamad Sani didakwa melakukan kesalahan mengikut seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 1 Januari lepas, mahkamah juga mengarahkannya menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi, Johor dan hukuman penjara berkuatkuasa bermula tarikh tangkapan iaitu 23 Disember lepas.

 

Netizen bengang, orang yang sepatutnya dipenjarakan hidup bebas!

Melalui Twitter, ramai netizen menyuarakan ketidakpuashatian dan pendapat masing-masing tentang hukuman yang dikenakan itu.

Menurut mereka, membunuh diri bukanlah satu kesalahan jenayah sehingga perlu dipenjarakan. Sebaliknya, pesalah seperti pemandu mabuk serta pedofilia yang sepatutnya dihukum sebegitu.

Sepatutnya pemandu mabuk yang perlu dihukum sebegini.”

Cuba membunuh diri bukan satu jenayah!!” 

Pedophile tu kau bagi kerja, orang cuba bunuh diri kau letak dalam penjara.”

 

“Kenapa Malaysia jadi teruk macam ni sekali.”

Bermacam-macam jenis kritikan dan pendapat netizen luahkan dekat ruangan posting di Twitter itu namun rata-ratanya memang tidak mengerti apa tujuannya lelaki itu dipenjarakan. Pendapat mereka, cukuplah berikan bimbingan kaunseling dan sokongan mental terhadap Mohamad Sani.

Komen Oku Dipenjara
sumber: twitter

 

Apa pendapat korang?

Baca: “Budak tu dok mama, mama” – Netizen Tak Sanggup Dengar Anak Meraung Tengok Ibu Dilanggar Pemandu Mabuk

Mabuk10