in

“Patutlah ramai yang give up” – Wanita Menangis Luah Rasa Penat Naik Turun Mahkamah Demi Tuntut Nafkah

kes bercerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada siapa yang menginginkan perceraian dalam satu perkahwinan. Namun perkara telah terjadi dan pasangan yang berpisah haruslah bertanggungjawab dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Pun begitu, luahan hati seorang wanita yang tular di TikTok baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila wanita itu dilihat menangis dan mengadu penat naik turun mahkamah dalam menguruskan tuntutan nafkah selepas bercerai.


Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Sedia Untuk Bercerai Tapi Ira Kazar Tak Datang Mahkamah?

Artikel berkaitan: ‪Topik Perceraian Jadi Tajuk Khutbah Solat Jumaat, Netizen Dakwa Gara-gara Penangan Fattah-Fazura?

“Aku dah penat”

Menurut wanita yang dikenali sebagai Nurin Alisa ini, dia sudah sembilan bulan tidak mendapat apa-apa dan urusannya di mahkamah juga begitu sulit kerana beberapa kekangan yang dihadapi ketika berurusan di sana.

Patutlah ramai orang give up nak minta tuntutan nafkah, sebab macam ini. 

“Dia suruh datang Isnin hingga Jumaat tapi masalahnya siapa je tak kerja. Aku ni dah tak ada cuti kau tahu tak. Aku dah cuti dua minggu sebab anak aku masuk hospital hari itu. 

“Aku sumpah dah burnout gila, aku dah penat,” katanya.

@bullisa

Burn out

♬ original sound – Nurin Alisa – Nurin Alisa

Nurin juga dilihat memarahi bekas suaminya yang tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah buat anak-anak dan tidak mempermudahkan urusannya hingga terpaksa naik turun mahkamah untuk membuat tuntutan.

Kenapa kau nak suruh aku lalu mahkamah? Kenapa? Tak boleh ke kau mudahkan urusan aku? 

“Dah berapa banyak borang dah aku isi, kau nampak tak?” katanya sambil menangis.

Wanita ini juga menjelaskan yang dia sudah tiada wang untuk mendapatkan peguam dalam menguruskan tuntutan itu. Malah dia juga masih tidak dapat menuntut sijil perceraiannya hingga sekarang.

Video itu telah mendapat perhatian netizen yang mendedahkan kebanyakan orang yang mereka kenali mengalami situasi yang serupa. Malah ada juga yang mengkritik sistem mahkamah yang tidak mempermudahkan urusan buat para isteri dalam menuntut nafkah buat anak-anak.

kes syariah

Video dapat perhatian YB & mahkamah 

Walau bagaimanapun semalam, Nurin memaklumkan bahawa videonya telah mendapat perhatian YB dan juga pihak mahkamah.

Dia pada masa yang sama berharap agar pihak berkuasa dapat membuat undang-undang baru dalam mempertahankan hak wanita dan kanak-kanak.

Aku akan fight bukan untuk aku sahaja tapi untuk semua wanita,” katanya dalam posting di TikTok.

tuntut

Tambahnya lagi, sistem mahkamah juga haruslah dimodenkan dengan menggunakan AI atau sebagainya dalam menangani masalah pengisian borang di kaunter-kaunter mahkamah.

Apa-apapun kita doakan semoga urusan wanita ini dipermudahkan. Amin!

Sumber: TikTok (1) (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.