Potong barisan memang boleh buat gaduh, lagi-lagi bila kita dah penat beratur lama-lama. Tapi takdelah sampai nak membunuh kan?
Petang semalam, seorang pakcik teksi berusia 65 tahun dari Cheras telah memukul kawannya yang juga pemandu teksi hingga mati kerana memotong barisan semasa dia sedang menunggu untuk mengisi gas asli kenderaan (NGV) di sebuah stesen minyak di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Saksi-saksi di tempat kejadian yang menyaksikan sendiri pembunuhan ganas yang berlaku depan mata mereka ini telah menelefon pihak berkuasa dan kongsikan gambar-gambar kejadian di media sosial.
Menurut Harian Metro, salah seorang saksi di tempat kejadian, Imran, berkata dia yang baru tiba di tempat kejadian tak tahu yang dua pemandu teksi ini sedang bergaduh.
Berdasarkan perbualan, kedua-dua pemandu berkenaan, mereka kenal antara satu sama lain namun saya terkejut apabila berlaku pergaduhan.”
Dikatakan, dua pemandu teksi ini bergaduh kerana mangsa telah memotong barisan semasa suspek sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak. Macam yang korang tahu, selalunya pam NGV dekat stesen minyak ni memang tak banyak dan selalunya memang penuh dengan pemandu teksi yang nak isi gas.
Saksi menambah, mangsa kemudiannya telah ditolak dengan ganas ke atas tanah hingga menyebabkan kepalanya cedera parah akibat dari impak jatuhan tersebut.
Malangnya, bila pihak polis dan perubatan tiba di tempat kejadian, mangsa yang berusia 61 tahun itu telah pun disahkan mati.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein telah mengesahkan kejadian ini dan mengatakan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk bedah siasat manakala suspek telah di bawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut.
Pihak berkuasa juga akan meneliti rakaman CCTV di stesen minyak tersebut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Allahu, padah kalau kita tak ikut buat sesuatu ikut kepala sendiri je, sebab kita tak tahu orang yang kita cari gaduh tu mood dia macam mana haritu. Tak pasal-pasal je…
Baca: Pemandu Teksi Biadap Ganggu Lelaki Ambil Penumpang di Lapangan Terbang Pulau Pinang