in

“Patut negara kau ramai kena corona” – Lepas Bagi Dadah, 4 Suami Tukar-tukar Isteri & Rogol Mereka Selama 8 Tahun!

Collage 18

Suami selalu dilihat sebagai seorang pelindung isteri dan keluarga. Namun malangnya, ada juga segelintir suami yang mengambil kesempatan ke atas statusnya sampai sanggup rosakkan isteri sendiri.

Sebagai contoh, empat suami dan tiga lelaki telah dituduh bersekongkol menjadikan isteri masing-masing sebagai habuan pemuas nafsu binatang dorang.

Tujuh lelaki yang terdiri dari umur 38 tahun hingga 51 tahun dari Singapura ini telah melakukan kekejaman ini selama 8 tahun!

Menurut Mothership, empat suami ini berikan dadah kepada isteri-isteri dorang supaya tak sedarkan diri dan mudah untuk dirogol dan lakukan benda jijik ni di rumah.

Unknown

Untuk melindungi identiti empat wanita yang menjadi mangsa suami masing-masing ini, mahkamah telah mengeluarkan arahan untuk merahsiakan identiti-indentiti suspek. So, untuk mudahkan pembacaan, suspek dan mangsa akan dirujuk dengan nama-nama di bawah ni:

  • Suami A, Suami B, Suami C, Suami D, Lelaki E, Lelaki F dan Lelaki G
  • Isteri A, Isteri B, Isteri C dan Isteri D

Timeline jenayah yang berlaku selama 8 tahun

4 Men Drug Exchange Rape Their Own Wives Among Each Other For 8 Years Using Them As Sex Toys World Of Buzz 768X505 1

2010: Suami A dikatakan membantu Suami B supaya Suami B boleh merogol Isteri A.

2012-2014: Suami A mula mengajak Suami C

Selama tempoh ini, kedua-dua lelaki dikatakan telah saling membantu untuk merogol isteri satu sama lain. Iaitu, Suami A rogol Isteri C dan Suami C rogol Isteri A.

2013: Suami A mengajak Suami D dan menolong Suami D untuk merogol Isteri A.

2018: Suami B telah tunaikan janjinya pada tahun 2010 dengan membenarkan dan menolong Suami A rogol Isteri B.

Lelaki E, F dan G

Dikatakan penglibatan Lelaki E, F dan G adalah apabila Suami D dikatakan telah membantu Lelaki E merogol Isteri D pada tahun 2017.

Lelaki F dan Lelaki G pula dikatakan telah merogol Isteri A. Lelaki F rogol Isteri A selama dua kali pada tahun 2017 dan 2018 manakala Lelaki G rogol Isteri A pada tahun 2010.

Tiga lelaki ini kini telah menghadapi pertuduhan merogol tapi dorang terlepas dari dakwaan bersubahat merogol.

Isteri A dirogol oleh lima lelaki

4 Men Drug Exchange Rape Their Own Wives Among Each Other For 8 Years Using Them As Sex Toys World Of Buzz 2

Suami A dituduh merogol dua isteri lain yang terlibat kes ini. Salah seorang telah dirogol sekali manakala seorang lagi tiga kali.

Isteri A yang dirogol sekurang-kurangnya enam kali oleh lima lelaki telah dirujuk sebagai “mangsa terbesar” dalam kes ini.

Isteri C telah dicabul tiga kali manakala Isteri B dan D telah dirogol sekali.

Bukan tu je, dikatakan sekurang-kurangnya seorang lelaki telah dituduh merogol mangsa secara luar tabii manakala dua lagi suspek dituduh merogol mangsa melalui penetrasi digital (menggunakan jari).

Tak cukup dengan itu, salah seorang pemangsa turut merakamkan aksi jijik ini untuk disimpan.

Apa yang menyedihkan, mangsa-mangsa tak sedar pun yang dorang dah dijadikan bahan seks kerana dorang diberikan dadah dan tak sedarkan diri semasa dirogol.

Mengaku bersalah

Incarceration Picture Id586206166

Pendedahan mengatakan bahawa bukti-bukti untuk mendakwa tujuh lelaki ini dah cukup dan kebanyakan dari suspek juga telah mengaku bersalah dan telah merakamkan pengakuan mereka.

Siasatan masih lagi berlangsung dan ada kemungkinan tuduhan ke atas tujuh suspek ini akan bertambah atau bertukar.

Eee teruknya perangai! Harap-harap dorang semua reput dalam penjara!

 

Baca: “Suami durjana” – Penjawat Awam Didakwa Rogol Serta Liwat Isteri Sampai 104 Kali & Cabul 3 Orang Anaknya

Screenshot 2020 03 09 At 5.02.27 Pm

Sumber: Now Grenada