in

“Patut ke kahwin lain?” – Suami Mengeluh Dakwa Isteri Boros, Habiskan RM100 Dalam 25 Hari

Ft Suami Kedekut Complain Isteri Boros

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memberikan nafkan memang satu kewajipan buat seorang lelaki sebagai ketua keluarga buat isteri dan anak-anak. Jadi, isteri perlu terima walau apa jua keadaan.

Bagaimanapun, kenalah pertimbangkan keadaan, jumlah wang bulanan yang diberikan sepatutnya kena setimpal dengan persekitaran hidup pada zaman sekarang.


 

RM 100 habis 25 hari, kata isteri boros

Viral di media sosial negara jiran apabila ada seorang suami mengeluh dengan sikap isterinya. Katanya, dia sudah memberikan wang belanja Rp 350 ribu (RM 106.22) untuk sebulan, tapi dalam masa 25 hari dah habis.

“Dikasih jatah uang belanja Rp 350 ribu, baru 25 hari sudah habis sedangkan itu jatah bulanan.”

Dia juga merasakan bahawa si isterinya itu juga seorang yang boros kerana tidak boleh mengatur kewangan. Katanya lagi, isterinya akan marah-marah jika kehabisan wang itu dipertikaikan.

“Sebagai suami kita heran dong bagaimana caranya kalau boros gitu. Ditanya dikemanain uang malah ngomel, ngamuk-ngamuk, mengancam, mogok masalah lah dan lain-lain.”

Disebabkan tidak senang dengan sikap isterinya yang dia anggap cepat terasa, lelaki tersebut siap minta pendapat netizen jika dia ingin kahwin lain.

“Boros, gampang marah, wajar kan kalau suami mau cari pengganti atau nikah lagi.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang marah dengan sikap lelaki tersebut kerana kos sara hidup sekarang terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan jumlah yang dia berikan itu.

Ada juga yang sedih mengenangkan nasib isterinya yang boleh tahan dengan jumlah tersebut sampai 25 hari.

Suami Kedekut Complain Isteri Boros Suami Kedekut Complain Isteri Boros 2 Suami Kedekut Complain Isteri Boros 3 Suami Kedekut Complain Isteri Boros 4

Mungkin suami tu pun susah kot, gaji sikit, tapi kalau sampai nak kahwin lain tu…Hmmmmm.

Baca : “Siap timbang tu” – [VIDEO] Suami Kedekut, Hanya Tukar Lampir Kotor Anak Bila Berat Dah Cukup 200g

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.