in

“Patut jadi pelakon” – Nak Ponteng Kerja, Lelaki Ini Disyaki Palsukan Penculikan Sendiri Tapi Akhirnya Kantoi

Feature 2 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat dinafikan yang kadang-kadang kita akan dilanda perasaan tak bersemangat untuk bekerja. Biasa lah manusia pun ada kelemahan sebab kita bukan robot. Kalau korang ada mengalami perkara ni, sila jumpa doktor sebab korang mungkin mengalami burnt out.


Namun, luar biasa betul perkara yang dilakukan oleh seorang pekerja kilang tayar ini sebab dia didakwa telah memalsukan penculikan diri sendiri sebab taknak bekerja, lapor Daily Star.

Kerja 2

Lelaki yang dikenali sebagai Brandon Soules itu telah ditemui di tepi jalan pada 17 Februari lalu dengan tangannya diikat dengan tali pinggang manakala mulut disumbat dengan kain bandana untuk mengelakkannya meminta tolong.

Pekerja kilang tayar itu menceritakan kepada polis yang dia telah diculik oleh dua lelaki bertopeng yang telah memukul kepalanya sehingga pengsan. ‘Penculik’ itu kemudiannya ‘mencampak’ Soules di kawasan tangki air di Coolidge, Arizona.

Dia mendakwa dirinya telah diculik sebab ayahnya ada menyembunyikan duit di sekitar bandar itu. Namun, ada yang pelik mengenai cerita Soules dan pihak polis telah memeriksa rakaman CCTV.

Lelaki ini telah disoal siasat sekali lagi dan akhirnya dia dikatakan telah mengaku yang dia telah merancang penculikan dirinya sebab tak nak kerja pada hari tersebut.

Kerja 3

Dia mengatakan dia telah menyumbat mulutnya dengan kain dan mengikat sendiri tangan dengan tali pinggang miliknya. Kemudian, dia baring di tepi jalan sambil menunggu orang untuk perasan kewujudannya,” kata Komander Mark Tercero kepada ABC News.

Brandon Soules telah ditahan polis pada petang kejadian sebab buat laporan palsu. Dia juga dilaporkan telah dibuang kerja.

Korang jangan buat macam ni pulak.

Baca: Penjawat Awam Akhirnya Dipecat Selepas Ponteng Kerja Lebih Daripada 2,000 Hari

Kerja

 

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.