in

“Patut bagi balik dekat KJ je” – Trending Dekat Twitter, Netizen Tak Gemar Reezal Merican Jadi Menteri Belia & Sukan

Rezal Kj

Semalam Perdana Menteri Malaysia, TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pimpinannya. Melalui siaran langsung, satu negara dengar setiap nama yang disebut beliau yang menyandang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.

Turut mengejutkan, beliau mengumumkan tidak memerlukan Timbalan Perdana Menteri buat masa sekarang dan 4 Menteri Kanan dilantik bagi membantunya untuk menyelaraskan hal ehwal kabinet berkaitan ekonomi, keselamatan, pembangunan insfrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.”

 

Dari Syed Saddiq ke Reezal Merican

Nama Syed Saddiq menjadi trending di Twitter selepas netizen memberi respon masing-masing apabila Dato’ Sri Reezal Merican diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikannya.

Bagaimanapun, ramai netizen tidak faham mengapa Reezal yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan sedangkan usianya bukan dalam kategori belia. Mereka meragui Reezal mampu untuk faham apa yang diinginkan oleh golongan belia di usia 47 tahun.

 

“Patut bagi Khairy jadi Menteri Belia dan Sukan semula”

Ada juga yang berpendapat seharusnya jawatan itu disandang semula oleh Khairy Jamaluddin yang memang diminati ramai rakyat.

Kata mereka, jawatan sebegini sinonim dengan seseorang yang berbadan fit seperti Khairy apatah lagi ketika beliau menyandang jawatan ini, ramai yang berpuas hati dengan tanggungjawab yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, agak ramai yang berpuas hati dan seronok bila dapat tahu Khairy Jamaluddin kini kembali dalam barisan kabinet dan berharap beliau dapat melaksanakan tugas yang baru ini dengan baik.

Kj1

 

“Bring back Syed Saddiq”

Of course, ada juga yang menggemari Menteri Belia dan Sukan sebelum ini dan berpendapat bro Saddiq paling sesuai memegang jawatan ini dek kerana statusnya juga sebagai belia.

https://twitter.com/aishahrafiqq/status/1236981952416079873

 

Lebih tua, lebih berpengalaman. Lagi bagus!

Tapi ada juga yang berpendapat Menteri Belia & Sukan tidak semestinya disandang oleh seseorang yang masih muda. Menurut mereka, kalau lebih berusia akan ada lebih banyak pengalaman untuk laksanakan tugas.

Apa pendapat korang?

Baca: “Semua anggota lepas tapisan SPRM, PDRM” – TS Muhyiddin Umum Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri Persekutuan 2020

Menteri Baru

Sumber: Malay Mail