in

Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Daniyal Tidak Akan Bersiaran Di Stesen Radio Suria FM

Ustaz Don Suria Fm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah ‘direhatkan’ daripada bersiaran di RTM untuk program Salam Baitullah 2024 pada 5 Jun lalu susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.


Terbaru hari ini, pendakwah terkenal itu difahamkan tidak akan muncul dalam segmen Don Give Up di stesen radio Suria FM yang bersiaran setiap hari Jumaat menerusi slot Morning-Morning Suria dari jam 8 hingga 9 pagi.

420131220 18411375133044953 5599747459272266934 N

Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas daripada sumber dalaman stesen radio itu yang memberitahu bahawa pihak stesen hanya mematuhi arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Buat masa ini, Ustaz Don Daniyal iaitu penyampai jemputan bagi segmen Don Give Up, tidak bersiaran seperti biasa sehingga keputusan rasmi daripada pihak Jais. 

“Kami akan sentiasa menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa dan akan memaklumkan perkembangan mengenai perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Artikel berkaitan: Tular Notis Dari JAIS, Ustaz Don Ditangguhkan Untuk Buat Ceramah & Kuliah Di Selangor?

Artikel berkaitan: Selepas ‘Direhatkan’, Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan, Maafkan Semua Orang

Don Daniyal juga difahamkan tidak akan muncul bersiaran dalam segmen berkenaan mulai hari ini sehinggalah keputusan rasmi dikeluarkan daripada pihak JAIS.

Turut dijelaskan juga bahawa pihak pengurusan stesen radio terbabit juga sudah berbincang mengenai hal ini dan memaklumkannya kepada pihak Ustaz Don.

Don Daniyal Scaled 1

Don Daniyal sebelum ini telah mengendalikan segmen Don Give Up sejak 1 Januari 2023 lalu, yang mana dia telah menjawab segala persoalan mengenai kemusykilan agama daripada pendengar radio.

Media juga sebelum ini melaporkan yang JAIS sudah mengeluarkan arahan pada 21 Jun lalu kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla untuk tangguhkan segala aktiviti dan tidak mengundang Ustaz Don.

Ketetapan dibuat berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama yang disampaikan Don Daniyal disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, kata Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Kita doakan yang baik-baik ya buat Ustaz Don. 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.