in

Pasaraya Giant Menaikkan Kemarahan Orang Ramai Selepas Tikus Dijumpai Dalam Bekas Cili

Rats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebersihan adalah aspek paling utama perlu dijaga di setiap premis. Bermacam jenis penyakit dan akibat boleh terjadi jika premis tidak dijaga dengan baik. Tempat yang kotor menarik perhatian haiwan seperti tikus.


Kecoh di media sosial gambar tikus di dalam tempat cili kering di pasar raya Giant di Kuala Terengganu selepas di muat naik oleh Winnie Tan baru-baru ini.

Tikus

Selepas kes ini menjadi viral, Winnie Tan difahamkan telah menutup akaun Facebook nya kerana takut apa apa tindakan diambil ke atas beliau.

Gambar yang dikongsikan Winnie menunjukkan dua ekor tikur di bahagian bawah kiri bekas itu. Namun menurut beliau, terdapat 10 tikus yang berada di dalam bekas tersebut. Apa yang dipersoalkan, bagaimana tikus boleh terlepas ke dalam bekas itu. Adakah pihak Giant ambil sambil lewa isu kebersihan di dalam premis?

Tikus1

Lubang yang agak besar dapat dilihat seolah-olah bekas itu telah menjadi sarang tikus-tikus tersebut (Mungkin tikus yang lain menyorok dalam tu kot).

[sociallocker id=1666]

Apa yang mengejutkan, lubang besar itu menunjukkan seolah-olah sudah lama tikus itu bersarang di bekas tersebut. Mustahil staf Giant tidak perasaan lubang sebesar itu? Adakah mereka tidak memeriksa kebersihan premis mengikut kekerapan yang ditetapkan?

Tikus3

Tikus5

Menyedari kes ini menjadi viral di laman sosial, pihak Giant terus mengambil tindakan memeriksa bekas berisi cili kering itu.

Cuci

[/sociallocker]

Netizen rata-rata mempersoalkan tahap kebersihan pasar raya itu dan menyatakan kebimbangan mereka bahawa ia boleh mendatangkan penyakit seperti kencing tikus jika makanan dijual dicemari kencing tikus.

Antara komen-komen netizen:

Komen Komen1  Komen3

Komen2

 

Adakah Giant memang tidak menitik beratkan isu kebersihan di premis??? Diharap pihak pengurusan Giant segera ambil tindakan lanjut supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Jangan main-main pasal kebersihan okay!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.