Semestinya setiap pasangan suami isteri mempunyai impian mereka tersendiri dan tiada apa yang lebih menggembirakan selain impian tersebut berjaya dicapai.
Seperti pasangan warga emas dari Perak ini yang berjaya mencapai impian mereka untuk memiliki segulung ijazah bersama meskipun di usia yang lanjut.
Razali Mohd. Noor, 63, dan isterinya Ramlah Daud, 62, baru-baru ini menjadi perhatian media selepas berjaya menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam. Ijazah itu disampaikan Naib Presiden (Perancangan dan Strategi) OUM Prof. Ramli Bahroom pada Majlis Konvokesyen ke-20 Open University Malaysia (OUM) zon Utara, 13 Mei lalu.
Menurut Razali yang berasal dari Teluk Intan, dia berhasrat untuk mendapatkan ijazah bersama isterinya selepas bersara daripada perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan memandangkan mereka tidak berkesempatan untuk memiliki ijazah ketika di usia muda.
Kami sama-sama berminat dengan pengajian agama, jadi kami mengambil keputusan untuk mengambil kursus ini di OUM. Tawaran OUM yang menawarkan diskaun khas bayaran yuran pengajian untuk warga emas melanjutkan pelajaran juga mendorong kami.”
Bagi isterinya Ramlah, sokongan anak-anak merupakan antara galakan dan penguat semangat bagi mereka untuk menamatkan pengajian. Malah, anak-anaknya turut bersama-sama mengulangkaji pelajaran bersama mereka.
Sokongan dan galakan daripada anak-anak mendorong kami mengikuti pengajian di OUM selama empat tahun dan sama-sama mengulangkaji pelajaran.”
Meskipun ramai pelajar yang berusia lebih muda daripada mereka, perkara itu tidak menghalang malah lebih memberikan mereka semangat untuk menghabiskan pengajian dan memiliki ijazah.
Tahniah buat pasangan ini. Ingat semua, tiada yang mustahil jika kita berusaha!