in

Pasangan Tolak Pelawaan Tinggal di Rumah PPR, Seronok Hidup di Pondok Daif dalam Kebun Getah

Kebun Getah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pasangan Tolak Pelawaan Tinggal di Rumah PPR, Seronok Hidup di Pondok Daif dalam Kebun Getah
Loading
/

Benarlah kata pepatah, demi cinta lautan berapi serta onak dan duri sanggup ditempuhi asalkan  dapat hidup bersama untuk selama-lamanya. Tiada apa yang tak dapat dirintangi, selagi kasih sayang masih utuh di hati mereka. Gituuuu! 

Pengorbanan demi cinta ini dibuktikan oleh sepasang suami isteri apabila mereka bersama tiga orang anak sanggup tinggal di sebuah pondok daif yang tidak berdinding, berpintu dan hanya berlantaikan buluh di dalam kawasan kebun getah dekat Kampung Kuala Tualak, Kedah lapor Harian Metro.


Pasangan muda, Mohd Ridzuan Yaakob, 26, dan isterinya, Nur Hidayah Roslizam, 23, yang kini sedang hamil enam bulan bersama tiga anak mereka yang berusia di antara setahun dan enam tahun sudah tinggal di pondok tersebut sejak setahun yang lalu.

Fam
sumber: harian metro

Kedua-duanya mengambil keputusan untuk tinggal di pondok daif tersebut demi memudahkan urusan Mohd Ridzuan untuk mencari rezeki di kawasan hutan itu.

“Sebelum ini kami tinggal bersama ibu mentua tetapi terpaksa pindah kerana adik-beradik suami pun tinggal sekali dengan ibu mentua.

“Kemudian kami menyewa di luar tetapi tidak sampai sebulan sebelum ambil keputusan tinggal di sini (kebun getah),” kata Nur Hidayah.

Menurut Nur Hidayah, suaminya kerap keluar masuk kawasan kebun getah ini dan melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Hasil dari menoreh getah dan mencari petai, suaminya memperoleh wang antara RM600 dan RM700 sebulan.

21617732 341757892945300 7698785283873488175 N
sumber: facebook

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana pasangan ini hidup tanpa kemudahan elektrik dan air, Nur Hidayah memberitahu, mereka menggunakan generator untuk menjana tenaga elektrik dan bekalan air pula diperoleh dari telaga berhampiran untuk urusan membasuh dan memasak. 

“Saya seronok tinggal di sini dan bersyukur dengan keadaan ini. Bagi saya tidak ada masalah. Waktu malam pun tiada nyamuk tetapi kami kena berjaga-jaga dengan babi dan ular. Cuma saya harap tempat tinggal saya ini dapat diperbaiki lagi agar berdinding supaya lebih selesa,” tambahnya.

21752215 341757822945307 344349643312255032 N
sumber: facebook
21558956 341757866278636 8492097008554663511 N
sumber: facebook

Bagi suami Nur Hidayah, Mohd Ridzuan berfikiran untuk terus tinggal di kawasan itu dan tidak merancang untuk berpindah ke mana-mana. Malah tanah yang diduduki mereka juga adalah tanah datuknya sendiri.

Sama seperti isterinya, dia cuma berharap ada pihak berkaitan mahu membantunya membina rumah yang lebih selesa untuk mereka sekeluarga tinggal di kebun getah tersebut.

Sehubungan dengan itu, masalah yang dihadapi pasangan tersebut mendapat perhatian dari Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim yang mengunjungi keluarga tersebut di pondok mereka.

21616143 341757802945309 1513078360135088490 N
sumber: facebook

Menurut Datuk Badrol, dia berjanji untuk memberikan bantuan rumah di tapak kawasan berhampiran buat keluarga tersebut.

“Kami kena cari tapak lain yang lebih selamat terlebih dahulu untuk bina rumah ini. Saya difahamkan ada tanah yang rata milik datuk Mohd Ridzuan di kawasan ini.

“Proses untuk membina rumah ini pula akan dibuat secepat mungkin dan saya akan turut berbincang dengan pihak berkaitan bagi mempercepatkan pembinaan rumah ini bagi keselesaan keluarga Mohd Ridzuan,” katanya.

Malah pihaknya ada juga menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk keselesaan keluarga Mohd Ridzuan, namun dia menolak dan memilih untuk tinggal di kebun getah berkenaan. Kalau mereka dah selesa di situ, nak buat macam mana kan…

Pondok mereka hanya bertiangkan kayu yang tidak kukuh dengan beralaskan bumbung plastik dan dibina di bawah cerun bukit dengan anggaran kedalaman kira-kira 20 meter.

21752476 341757786278644 6731181373018152841 N 1
sumber: facebook

Semoga usaha murni pihak berkenaan untuk membantu keluarga ini dipermudahkan. Kagum dengan kreativiti mereka dalam memenuhi keperluan asas hidup seharian. Walau apapun, safety first ya! 

Tonton video di bawah:

Baca: Ibu Terkilan Anak Sering Diejek Tinggal Di ‘Reban Ayam’ Oleh Rakan Sekolah

Daif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.