Sebentar tadi, sepasang suami isteri telah ditemui meninggal dunia di rumah mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh.
Memetik laporan dari Kosmo, Ooi Tin Lu dan isterinya Ng Chun Hon dipercayai mati dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri ekoran pertengkaran di antara mangsa dengan adik lelakinya.
Dikatakan, mangsa sering bertengkar dengan adiknya yang berusia 61 tahun dan kali terakhir pertengkaran berlaku pada pukul 8.30 malam semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian ini pada jam 8.45 pagi daripada abang mangsa yang terkejut melihat adik lelakinya dan isteri dalam keadaan tak sedarkan diri dan berlumuran darah.
Media Ipoh kini berkampung di sebuah rumah berhubung penemuan mayat sepasang suami isteri dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di Taman Bercham Aman pagi tadi.
Mayat ditemui di ruang tamu. Tidak dipastikan samada suspek telah ditangkap/masih bebas. pic.twitter.com/JnhKV3NVKO
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) July 7, 2022
Turut berada di rumah ketika pertengkaran berlaku adalah ibu kepada mangsa dan suspek namun tak menyedari kejadian yang berlaku kerana berada di dalam bilik.
Mangsa lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap manakala isterinya bersandar pada dinding di ruang tamu. Keadaan kedua-dua berlumuran darah.
“Pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka mengalami kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul senjata tajam dan objek tumpul.”
Untuk pengetahuan korang, pihak polis kini sedang memburu suspek utama kes bunuh ini iaitu Ng Chun Ming yang dikatakan masih bebas selepas berjaya melarikan diri menggunakan Proton Saga milik adik iparnya bernombor plat PHU 8608.
Polis kesan suspek utama kes bunuh suami isteri pagi tadi.
Suspek: Ng Chun Ming, 61, masih bebas, lari dengan Proton Saga PHU8608.
Suspek ada rekod 325 KK, merupakan adik kepada mangsa lelaki.
? segera SIO ASP Nor Azalina 0136282176 kalau ada info.
Motif kes dalam siasatan. pic.twitter.com/WEe4v9HuET
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) July 7, 2022
Bukan itu sahaja, siasatan mendapati suspek juga sebelum ini turut mempunyai rekod 325 kanun keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk segera menghubungi SIO ASP Nor Azalina di 013-6282176.
Baca: “Dia layan bini cukup baik” – [VIDEO] Rakan Dedah Perangai ‘Sebenar’ Suspek Kes Bunuh Isteri & Anak