Pasangan Kahwin di Korea Dengan Percuma, Hanya Pakai Baju Sejuk dan Sedia Mahar RM756

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Masalah utama bagi anak muda di Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan ialah kos perbelanjaan yang besar bagi mengadakan majlis resepsi berserta hantaran pernikahan yang mahal. Namun tahukah anda, kini sudah ada trend baru yang menjadi ikutan dalam menjimatkan kos melangsungkan perkahwinan?

Menurut mStar, beberapa hari lalu tular sebuah video yang menunjukkan pasangan dari Malaysia yang bernikah di Pusat Buku Islam di Seoul, Korea Selatan dengan hanya memakai pakaian sejuk, hantaran sebentuk cincin dan wang mahar bernilai 200,000 Won Korea (RM756). Wow biar betul?

Sumber: mStar

Meskipun video tersebut sudah tidak kelihatan di Facebook, namun ia sebelum ini telah dikongsikan sebanyak 137,000 kali dan mendapat perhatian ramai netizen.

Menurut saksi pernikahan tersebut, Mohd Zulhilmi Abd Karim, 29, pernikahan di Korea Selatan dengan cara yang ringkas itu bukan hal luar biasa malah telah ramai di kalangan pasangan Muslim dari pelbagai negara memilih untuk bernikah di Pusat Buku Islam ini kerana kosnya percuma. Seriuslah percuma?

Malah mereka yang berkahwin di sana juga tidak mengenakan sebarang pakaian istimewa seperti gaun dan kot untuk kelihatan segak di hari pernikahan mereka. Cukuplah sekadar memakai pakaian biasa seperti kot sejuk untuk meraikan hari bahagia tersebut.

Sumber: mStar

Pun begitu, masih ada di kalangan pasangan yang memilih untuk bernikah di Majlis Pusat Seoul yang mengenakan bayaran sebanyak 340,000 Won Korea iaitu bersamaan (RM1285).

“Kalau di sini memang biasa kahwin begitu asalkan urusan jadi mudah dan saya sering dipanggil untuk menjadi saksi apabila ada pasangan ingin melangsungkan pernikahan,” katanya yang sudah 11 kali menjadi saksi di Pusat Buku Islam.

Abdul Fakkar Maudidi Safi, 27, dan Khadijah Salamah Ibrahim, 30, yang tular di dalam video perkahwinan ’empat minit’ tersebut telah dinikahkan kadi Sheikh Muneer Ahmad yang berasal dari Kashmir, India.

Pasangan ini telah melalui proses kebiasaan yang dilakukan kadi iaitu dengan menghubungi wali pengantin wanita terlebih dahulu untuk meminta kebenaran sebelum menikahkan kedua-dua mempelai.

Sumber: mStar

Kemudian ia menjadi tanggungjawab kadi juga untuk memastikan pengantin lelaki berkemampuan daripada segi kewangan dan boleh menyediakan cincin serta mahar perkahwinan untuk pengantin wanita bagi majlis tersebut.

“Saya juga gembira dapat membantu menjadi saksi untuk mereka yang ingin mengikat ikatan yang sah,” katanya yang kini menetap di Korea Selatan.

Zulhilmi yang juga seorang aktivis bebas mengingatkan supaya pasangan yang bernikah di Korea untuk jangan lupa mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia sebaik pulang ke tanah air. Ingat tu! Nanti perkahwinan tak sah pula kalau apa-apa berlaku. 

Berbagai cara yang anak muda sekarang usahakan demi kurangkan kos perkahwinan. Walau apa-apapun bersederhanalah dalam melangsungkan pernikahan. Kalau nak sweet dan dapat persetujuan keluarga bolehlah cuba kaedah bernikah di Korea ni.

Baca: Lelaki Kelantan Kahwini Wanita Korea, Bawa Isteri Ke Kampung Halaman Untuk Kenali Budaya Tempatan

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!