in

Pasang CCTV Jadi Syarat Wajib Perbaharui Lesen Taska – KPWKM

Cctv Taska

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri melaporkan kes penderaan kanak-kanak di taska kini semakin membimbangkan dengan purata 20 kes dilaporkan setiap hari.


Sehubungan itu, kerajaan mengeluarkan peraturan untuk menjadikan pemasangan CCTV sebagai syarat wajib bagi pembaharuan lesen taska di seluruh negara.

Nancy Shukri juga menegaskan syarat itu termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, tapi masih ada pengusaha yang degil.

185338Xs52Obqmnqnmjnrh

Justeru katanya, pihaknya akan meneliti untuk mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha taska yang gagal mematuhi peraturan itu.

“Dalam peraturan, pengusaha taska harus memperbaharui lesen perniagaan mereka setiap lima tahun dan antara syaratnya ialah mesti memasang CCTV.

“Jika mereka tidak mematuhinya, kita boleh mengambil tindakan tegas untuk tidak memperbaharui lesen mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan pemasangan CCTV di taska akan meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke taska kerana mereka boleh mengesan jika berlaku kes penderaan.

“Kita akan melaksanakan penguatkuasaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Ketua Pengarah JKM mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.

Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditampar dan dipukul oleh pengasuh di sebuah taska di Sabah.

Berikutan itu, seorang pengasuh taska berusia 27 tahun yang disyaki mendera kanak-kanak berkenaan ditahan polis dan direman seminggu mulai Khamis lalu.

Sumber: Buletin TV3

Baca: “Janganlah depan budak…” – Anak Didera Pengasuh, Ibu Bapa ‘Bantai’ Balik Tapi Ada Netizen Tak Setuju?
Ibu Bapa Pukul Pengasuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.