in

Pasang Banner Untuk Malukan Penyewa Tak Bayar Sewa, Tindakan Tuan Rumah Ini Dapat Perhatian

3Sewa E1656124115475

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemilik rumah nekad untuk memasang banner bagi memaklumkan kepada orang ramai mengenai perangai penyewa rumahnya yang enggan mambayar wang sewa rumah di Queens, New York, Amerika Syarikat.


Screenshot 2022 03 20 At 2.02.53 Pm

Calvin dan Jean Thompson memasang banner itu selepas penyewa unit atas rumah mereka masih belum menjelaskan sewa rumah yang kini tertunggak sebanyak $17,000 (kira-kira RM71,000). Rumah keluarga Thompson itu telah dimiliki sejak tahun 1989 dan unit atas didiami oleh keluarga Lamour. Keluarga Thompson masih dalam usaha untuk mengusir keluar keluarga Lamour dengan bantuan mahkamah sejak bulan lepas.

Menurut laporan NY Post, segalanya bermula pada bulan Julai 2021 selepas keluarga Thompson menaikkan sewa rumah dari $1,800 sebulan kepada $1,900 sebulan. Ini adalah kenaikkan sewa rumah pertama kali dalam tempoh 9 tahun.

Screenshot 2022 03 20 At 2.03.28 Pm
Gambar: keluarga thompson

Walau bagaimanapun, keluarga Lamour enggan membayar kenaikkan 5% dari sewa asal dan telah berbincang dengan pemilik rumah mengenai namun gagal menemui titik persetujuan. Akibat daripada ketidaksetujuan itu, keluarga Lamour bertindak mogok dengan tidak membayar walau satu sen pun kepada keluarga Thompson.

Pihak pengurusan perumahan Queens telah memberikan moratorium kepada semua penyewa sehingga Januari 2022 berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia dan penyewa hendaklah memohon moratorium itu. Namun, keluarga Lamour tidak mengemukakan sebarang permohonan bagi membolehkan mereka layak untuk mendapatkan moratorium.

Screenshot 2022 03 20 At 2.03.04 Pm

Sehingga kini, keluarga Lamour masih tinggal serumah dengan keluarga Thompson.

Baca: Tampar Housemate Sebab Masak Pukul 5 Pagi, Gadis ‘Claim’ Kononnya Ada Masalah ‘Anxiety’

Screenshot 2022 03 20 At 2.01.01 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.