Paru-Paru Anak Kecil Ini Dijangkiti Kuman Disebabkan Sikap Perokok Yang ‘Tak Ada Otak’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila tengok nasib anak kecil ni, memang patut lah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Anak kecil ini terpaksa dikejarkan ke wad disebabkan sikap perokok yang tak memikirkan orang sekeliling.

 

Dada menyempit, sukar nak bernafas & batuk-batuk”

Sumber : Twitter

Menurut sumber, jangkitan kuman pada paru-paru ini merupakan kali kedua anak kecil (Juwita) menghidapinya. Kali pertama pada usianya 3 bulan.

Kesiannya adik ni, perokok kat luar sana tak rasa ke yang korang dah membunuh?

 

Terima kasih lah kepada perokok..Aku yang tua pun sesak nafas, apatah lagi budak kecil”

Netizen marah dan dalam masa yang sama, mereka berkongsikan situasi bagaimana mereka berhadapan dengan golongan-golongan perokok ini. Dahsyat, ada yang sanggup tinggalkan anak dalam kereta, tunggu giliran semata-mata tak nak bagi kena asap rokok!

 

Makan bergilir-gilir. Bawa anak jalan tempat lain masa mereka merokok

Sumber : Twitter

 

Mereka juga menzahirkan rasa berang dengan segelintir perokok yang jenis tak endahkan orang lain. Ada yang selamba badak merokok depan anak

 

Paling tak faham bapa sendiri merokok depan anak kecil di kedai makan” – Netizen

Sumber : Twitter

Aduhh, harap perokok diluar sana bila terbaca ni, pandang lah sikit kanan kiri tu, dan tolong lah bertimbang rasa, sebab dah ada dah pun satu kes bayi meninggal dunia disebabkan asap rokok. 

 

Baca : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?