in

Parent Nak Saman Anak RM 2 Juta Kalau Tak Dapat Cucu Dalam Masa Setahun

Ft Anak Disaman Ibu Bapa Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan suami isteri di India bertekad untuk saman anak dan menantu mereka atas sebab ‘gangguan mental’ kerana gagal memberikan mereka cucu setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga.


Oleh itu, mereka menuntut kepada anak mereka samada berikan cucu dalam masa setahun ataupun saman sebanyak $650,000 (RM2,855,125.00) sebagai tuntuan kos membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anaknya.

 

Saman termasuk ganti rugi kos majlis perkahwinan

Jumlah amaun itu juga termasuklah menggantikan kos majlis perkahwinan anak mereka di hotel 5 bintang, hadiahkan kereta mewah yang bernilai $80,000 (RM351,400.00) dan segala wang yang sudah dibelanjakan untuk menampung kos bulan madu.

Pexels Pixabay 326545

“Saya hanya ada seorang anak, saya dah belanjakan semua perbelanjaan saya untuk besarkan dia dan beri dia pendidikan, saya dah hantar dia ke US untuk kos latihan juruterbang. Dia pulang ke India pada tahun 2007 sebab kegawatan ekonomi. Dia dah hilang kerja dan menganggur selama 2 tahun. Saya tanggung kewangan dia sepanjang waktu itu,” kata si bapa, 61.

Tambahnya lagi, selepas dia dah dapat kerja sebagai seorang juruterbang, kami membuat keputusan untuk meminta dia berkahwin kerana isterinya yang berumur 57 tahun sering rasa sakit.

“Dia akhirnya berkahwin pada tahun 2016, masa itu kami harapkan agar kami akan dapat cucu untuk luangkan masa bersama selepas kami bersara. Tapi, dah masuk 6 tahun berlalu, mereka masih tak ada anak, kami menghadapi gangguan mental.”

Pexels Ekaterina Bolovtsova 6077189

Lapor Times Of India, anak dan menantu mereka tinggal di berlainan bandar atas faktor kerja dan ia membuatkan mereka rasa terkesan.

“Kami anggap menantu kami macam anak perempuan kami sendiri. Malah, dia buat keputusan untuk tinggal bersama kami dimana bebanan kami makin bertambah. Kami ada nyatakan hal ini kepadanya tapi dia bimbang untuk jaga anak kerana sibuk bekerja, jadi kami meminta agar dia boleh berikan anaknya kepada kami untuk kami jaga. Duit kami hampir habis kerana telah belanjakan semuanya.”

Sumber melaporkan bahawa pihak mereka gagal menghubungi anaknya. Peguam Srivastava mendakwa kes itu adalah kes pertama di Uttarakhand dan mungkin negara itu.

“Dari sudut pandangan ibu bapa, tuntutan mereka adalah wajar. Jangkaan mereka tidak salah. Pada hari perbicaraan, mengikut prosedur undang-undang, laporan mengenai kes akan diminta daripada pegawai terlibat, selepas itu notis akan disampaikan kepada anak lelaki dan menantu, meminta jawapan mereka di hadapan mahkamah.”

Baca : Wanita Nak Saman KJ & KKM Sebab Bengang Suami Senyap-senyap Vaksinkan Anak

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.