in

“Panggil2 tak dengar…” – [VIDEO] Adira Panggil Anak Guna Suara ‘Tarzan’ Buat Netizen Tak Kering Gusi

Ft Adira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan di media sosial, pasti ramai selebriti yang berkongsi aktiviti harian mereka semasa pandemik. Ada yang kongsi tips memasak la, ada yang kongsi tips bersenam dan ada juga yang kongsi aktiviti mereka bersama ahli keluarga di rumah.


Sama dengan artis tanah air kita. Kalau sebut lagu ‘Pujaan Hati’ pasti korang akan terbayang suara merdu nanyian Adira Suhaimi. Walaupun jarang berada di kaca televisyen namun artis tersebut sering memuat naik aktiviti harian bersama anak-anaknya di media sosial.

Terbaru dalam perkongsian Adira di akaun Tiktoknya, dia telah memuat naik video dia sedang meluangkan masa bersama dua anak perempuannya di dapur.

@adira.suhaimi

AWAS?? suara tarzan suda keluar . Sekali 2 pangil tidak dingar bah awas

♬ original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Dalam pada itu juga dia sedang memanggil anak lelakinya, Asan untuk datang ke dapur. Tapi korang tengok la macam mana dia panggil, dah macam nak keluar anak tekak sebab dia sudah memanggil anak lelakinya berkali-kali tapi tak dengar juga. Dah macam suara Tarzan.

AWAS, suara tarzan suda keluar. Sekali 2 panggil tak dingar bah awas”

Adira sudah mendirikan rumah tangga selama 6 tahun bersama ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Adnan Abu. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun yang masing-masing kini berusia 5 tahun, 4 tahun dan 3 tahun.

Adiraa E1630997894195

Video yang dimuat naik olehnya semalam telah mendapat hampir setengah juta tontonan hingga kini. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen sangat terkejut dengan suara Adira yang semakin kuat memanggil nama anak lelakinya itu. Tapi ramai yang faham dengan situasi yang dihadapi oleh Adira terutamanya golongan ibu.

Komen Adira

Tapi apa yang pelik, anak lelakinya, Asan tidak menangis pun lepas kena jerit dengan Adira. Memang anak jantan la kau dik.

Apa-apa pun min doakan supaya keluarga mereka sentiasa dilindungi daripada wabak Covid-19.

Baca: “Saya rasa saya dapat isteri saya balik” – Isteri Didakwa Terkena Sihir Hafiz Mahamad Minta Maaf Jika Buat Salah

Hafiz E1630998740625

Sumber: Harian Metro
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.