in

“Saya rasa saya dapat isteri saya balik” – Isteri Didakwa Terkena Sihir, Hafiz Mahamad Minta Maaf Jika Buat Salah

Fi Aina Disihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang kenal dengan usahawan yang juga pengasas produk kecantikan Ainaa Beauty iaitu Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina. Disamping sering menjadi contoh untuk berjaya dalam perniagaan, pasangan itu turut menjadi perhatian sebab selalu berkongsi momen bersama mereka di media sosial.


Namun yang indah tak semestinya selalu, apabila baru-baru ini pasangan tersebut diuji dengan perkara mistik yang menimpa Aina.

 

Disihir sebab ada berhasad dengki?

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Hafiz di laman Instagramnya, dengan menunjukkan situasi Aina yang ketika itu dilihat menangis semasa menerima rawatan di pejabat mereka.

Sebuah video yang menunjukkan suasana tersebut dikongsikan semula oleh netizen di TikTok, di mana Hafiz menyatakan dia memaafkan sesiapa melakukan perkara tersebut pada keluarganya.

@anyss97

Dah tahun 2021 but still ada lagi orang buat benda terkutuk macam ni , taktahu laa macam mana kalau diri sendiri yang kena ?

♬ original sound – dhiahhh_mardhiah – dhiahhh_mardhiah

 

Aina bersikap ‘panas’

Dalam sesi live yang dilakukan Hafiz, dia menunjukkan kesedihannya sewaktu melihat proses rawatan dijalankan pada isterinya yang berlaku depan matanya sendiri itu.

Hafiz turut mendedahkan bahawa ‘benda’ itu bertujuan untuk mengganggu dirinya sendiri, namun ia ada dalam diri Aina untuk melemahkan Hafiz sendiri. Perkara itu jelas kelihatan, apabila personaliti Aina yang sangat lain daripada kebiasaannya.

Bukan itu saja, Hafiz turut memberitahu bahawa air muka ditunjukkan isterinya melihatkan seperti sedang ‘panas’ dengan suaminya itu.

@aiemuzam

Reply to @shafiqahabdul nahh for part 2? kesian sangat . saya mohon semua doakan keluarga hafizmahamad diberikan kekuatan??? #fypシ

♬ original sound – aiemuzam – aiemuzam

@aiemuzam

Reply to @adhamhanis21 terima kasih banyak2 follow saya , ni part 3 untuk live hafizmahamad. doakan keluarganya tau guys ? .

♬ original sound – aiemuzam – aiemuzam

 

Datang dalam banyak cara

Hafiz memberitahu sepanjang tempoh isterinya tidak seperti biasa itu, dia turut cuba untuk terus membahagiakan isterinya seperti biasa dan cuba lebih memahami Aina.

Selain itu juga, Ustaz yang merawat Aina ada mendedahkan bahawa perkara ini datang dalam pelbagai cara seperti pemberian barangan atau makanan. Hafiz turut berkata bahawa ramai mengirimkan makanan kepada mereka, dan menerimanya sebab tak mahu ada berkecil hati. Malah dia turut membuat review makanan tersebut, untuk membantu mereka di musim PKP ini.

Walau bagaimanapun, Hafiz sekeluarga tabah dengan ujian yang menimpa mereka. Malah Hafiz turut mengingatkan pada isterinya bahawa ini bukannya satu punca untuk mereka tidak membantu orang lain lagi.

@aiemuzam

Reply to @miss_amoii1996 nah , mohon doakan abang hafiz sekeluarga ya ☺️ , semoga kita dapat manfaatnya #fyp #esekeli #foryoupage

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@aiemuzam

Reply to @kikinismail97 sebak tau dengar ?? , #fypシ #foryoupage #esekeli #hafizmahamad #live

♬ original sound – aiemuzam – aiemuzam

@aiemuzam

Reply to @ratulaily19 nah , korang ambillah kata kata motivasi dari @hafizmahamad ni , jadikan inspirasi ? tanamkan dalam diri ya ?#fypシ

♬ Motivation Music – Oleg Kirilkov

Dalam sebuah posting dimuat naik Hafiz, dia memaklumkan bahawa Aina telah semakin elok semula dan mereka lebih banyak meluangkan masa bersama.

Semoga mereka sekeluarga terus tabah dengan ujian ini, dan semoga kita semua dijauhkan daripada sebarang perkara buruk yang tak diingini.

 

Baca : “Kaki terus dia kas” – [VIDEO] Isteri Pancit Tarik Highnote, Hafiz Mahamad Geram Sampai ‘Ternaik Kaki’

Foot Aina Disihir

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.