Tubuh badan adalah anugerah dari Tuhan yang unik untuk manusia. Ada yang dilahirkan sempurna, ada yang dilahirkan dengan genetik tertentu yang mengakibatkan kekurangan pada sesetengah bahagian tubuh.
Masalah rambut gugur atau botak juga merupakan salah satu daripada faktor genetik tubuh badan manusia. Oleh itu, pihak berkuasa United Kingdom telah mengklasifikasikan memanggil seseorang lelaki dengan gelaran botak menjadi satu kesalahan gangguan seksual.

Memetik laporan CNBC, keputusan itu dibuat oleh tiga hakim mahkamah tribunal yang mengalami sendiri masalah keguguran rambut. Barisan hakim itu juga berkata masalah keguguran rambut ini lebih ramai dimiliki oleh kaum lelaki berbanding wanita.

Sehubungan dengan itu, memanggil seseorang dengan gelaran ‘botak’ adalah satu kata ejekan dan ianya dilihat berada dibawah ‘lindungan karekter jantina’.
Tribunal itu juga membandingkan kes pada tahun 1995 di mana memanggil seseorang wanita dengan gelaran ‘buah dada besar’ adalah ejekan yang berada dibawah ‘lindungan karekter jantina’

Keputusan mengklasifikasi memanggil seseorang lelaki dengan gelaran ‘botak’ sebagai kesalahan gangguan seksual itu diumumkan pada Rabu lalu, namun perincian berkenaan penguatkuasaannya masih belum diputuskan.
Baca: “Boleh caye ke ni?” – Lelaki Dakwa Kepala Hampir Botak Kembali Ada Rambut Lepas Berhenti Guna Syampu