in

“Pandai pulak dia putar belit” – Cubaan Ragut Handbag Wanita Tak Kesampaian, Peragut Tak Pasal-pasal Kaki Patah & Terbabas Masuk Longkang

Tergolek Bro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana perempuan kat luar sana mesti takut bila sebut pasal jenayah ragut ni. Mana tidaknya, jenayah ni meninggalkan kesan trauma yang mendalam pada seseorang, malah ada di antara mangsa sampai meninggal dunialah gara-gara angkara jenayah ni.

Baru-baru ni, seorang wanita hampir-hampir jadi mangsa ragut, namun mujurlah niat jahat penjenayah tu tak kesampaian.


 

“Peragut mengganas di Sri Gombak. Akhirnya patah kaki. Kesian dia…” 

Menerusi perkongsian Ustaz Hanafi di Facebook, satu kejadian ragut telah berlaku di kawasan Sri Gombak baru-baru ni namun mujurlah si mangsa terselamat manakala si peragut pulak yang cedera akibat daripada motosikalnya terbabas dan kakinya patah. 

Hanafi 1
sumber: facebook

 

“Tak taulah bang… tiba-tiba dia lari” 

Menurut cerita mangsa, dia telah diacukan pisau oleh peragut tersebut sebelum lelaki terbabit merampas telefonnya di tepi jalan.

Namun bila disoal penjenayah tersebut, dia berdolak dalih pulak dengan mengatakan dia tak tahu apa yang berlaku dan wanita tu yang melarikan diri secara tiba-tiba.

Pun begitu, helah si penjenayah kantoi bila beg tangan wanita tersebut yang berwarna kuning ada padanya. Hak aloh bro! 

https://twitter.com/Tsgxy_/status/1228900937432911873?s=19

Menurut page Taman Sri Gombak di Facebook, mangsa merupakan wanita warga Indonesia dan peragut tersebut juga telah berjaya meragut lebih kurang RM400 daripada mangsa. 

Namun selepas bergelut untuk melepaskan diri, penjenayah ni telah masuk jalan bertentangan dan melanggar kereta seorang penduduk. Disebabkan hal tu lah si peragut ni terbabas ke longkang dan mengalami kecederaan patah kaki.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2795921177112389&id=160713393966527&__xts__%5B0%5D=68.ARAbmWEP-VCVzUiUT0pow79wkYsfQWHv8OBmrPqtaQqYkydAZ3ZxAM0iIrfR4zX9fy7MJyeDt824JdKd0-a0bDYoBuLL5SXk4NSplxhlnjqdLXFTL6RB1R5g49GcGR5aZ7Gz22-1e_UQp8nkGHVTBeFeip3w0HHPIYo7R0OCHMUePNkrACKnGxSzv2wThae5p6yMkpg7mhUXTM3sky4ASxvAXtis9GJjNN9u40K_aOa94vkCTea7RtQq0Rg5G-zCyo3G6SBq1s8k8hb_0TAf5RLzn5kBc7-Ynhddt2zK1ty1m4YRICfDM3zCgqOb4_fQcaIzSpFbT-fcV5siVkApltZRqA&__tn__=-R

 

“Dia punya putar belit… ular sawa pun mengaku kalah” 

Rata-rata netizen memang bersimpati dengan nasib mangsa tersebut yang ternyata memang nampak masih trauma dan ketakutan. Apa-apapun netizen marah habislah dengan sikap peragut tu, dah buat salah tapi masih juga tak nak mengaku salah.

Tipu
sumber: facebook

Mujurlah kakak tu terselamat dan tak cedera apapun. Bagi peragut kat luar sana, anggap ni sebagai pengajaran lah ye. Jangan sampai tuhan bayar cash tau! 

Baca: “Aku cukup dendam dengan peragu” – Netizen Simpati Nasib Anak 8 Bulan Kehilangan Ibu, Wanita Meninggal Lepas Koma Akibat Diragut

Al Fatihah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.