in

“Pandai hutang, pandai bayar!” – Kedai Motor Bagi ‘Warning’, Dedahkan Nama Pembeli Belum Habis Bayar

hutang motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman kini, ramai yang ingin mempunyai kenderaan sendiri. Ia bukan sahaja memudahkan malah buat sesetengah orang ia boleh menjimatkan, terutama sekali kenderaan seperti motosikal.

Disebabkan itu, banyak kedai motor yang menawarkan sistem bayaran secara pinjaman atau ansuran bagi memudahkan pembeli.


Pun begitu, sungguhpun banyak kedai motor yang menawarkan kemudahan sebegitu, masih ada yang seakan lupa diri apabila telah menggunakan khidmat berkenaan.

Itu yang terjadi kepada kedai motosikal Motor Mok Mung yang meluahkan rasa berang apabila ramai pembelinya yang masih berstatus ‘penghutang’ tidak melangsaikan bayaran mereka dengan serta-merta.

Oleh kerana terlalu marah, kedai tersebut mengambil langkah memuat naik senarai nama-nama mereka yang masih belum menjelaskan bayaran secara penuh di laman Facebook rasmi kedai tersebut.

cats 5

Menjengah ke ruangan komen, kedai Motor Mok Mung itu ada menyatakan tujuan mereka mengadakan cara pembayaran itu untuk membantu mereka yang tidak mempunyai slip gaji untuk memudahkan pembelian motosikal.

“Tak semua orang bekerja ada payslip. Tak semua orang berniaga duit masuk bank – tak ada bank statement. Tapi kalau ada duit, insyaAllah boleh buat loan kedai.

Loan kedai bertujuan utk membantu individu yg tiada dokumen yg lengkap utk buat loan dengan mudah dgn syarat membayar sejumlah deposit dan diteruskan dgn bayaran bulanan max selama 3 tahun.

Namun, segelintir org kita taktau berterima kasih, bila dh diberi peluang yg baik.” tulisnya.

Hmm, dah pinjam tu bayar je lah, kan tak menyusahkan…

Baca: Remaja 19 Tahun Dikahwinkan Dengan Ketua Kampung, Rupanya ‘Dijual’ Ibu Sebab Tak Mampu Bayar Hutang?

Ketua Kampung Hutang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.