in

“Pandai dia duduk diam”- Bomba Bagi Tips Apa Nak Buat Jika Ular Masuk Rumah, Tapi Ular Ini Pula Jadi Perhatian Netizen

Bomba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim panas yang melanda negara kita kini memang membimbangkan. Selain ada risiko untuk terkena strok haba, kita juga perlu berhati-hati dengan ular yang mungkin masuk ke rumah kita ketika cuaca panas.

Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempat menerusi X (Twitter) baru-baru ini ada berkongsi sebuah video tentang tips atau cara berhadapan dengan ular jika haiwan berbisa itu masuk ke dalam rumah kita ketika musim perayaan ini.


Dalam video pesanan yang berdurasi selama 1 minit 30 saat itu, PBK II Wan Mohamed Faridzuan iaitu jurulatih pengendalian haiwan berbisa, Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur berkongsi tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya ada ular yang masuk ke dalam rumah.

Perkara yang pertama yang perlu dilakukan jika ular masuk ke dalam rumah ialah kita jangan panik. Pastikan kedudukan ular itu di mana dan anda perlu tahu ke kawasan mana ia pergi.

Jangan lupa untuk sentiasa tengok ular itu dari arah selamat. Selepas itu, terus hubungi talian 999 untuk minta bantuan.

Sebelum bomba atau agensi penyelamat seperti APM sampai, anda perlu perhatikan lagi kedudukan haiwan berbisa itu dan ingat, jangan lakukan sebarang provokasi terhadap ular tersebut.

Artikel Berkaitan: “Bila check, ada orang” – Bomba Selamatkan 3 Warga Emas Terperangkap Dalam Lif Masjid Hampir 1 Jam

Artikel Berkaitan: “Kalau tumpah…” – Bawa Jag Air Dalam Trak Bomba, Netizen Terharu Anggota Bertugas Waktu Nak Berbuka

Namun, apa yang menjadi perhatian warganet dalam video tersebut bukanlah pesanan yang diberikan oleh bomba berkenaan, namun seekor ular yang menemani bomba itu dalam video terbabit.

Dalam video itu, dapat dilihat ular itu hanya diam sahaja sambil berada di sebelah bomba itu ketika video itu dirakam.

Rata-rata warganet kagum melihat ular itu yang hanya diam sahaja dan tidak mematuk atau bergerak secara agresif kepada anggota bomba tersebut sehingga ada netizen yang mengatakan ular itu comel kerana behave.

Menurut seorang lagi pengguna media sosial X yang dikenali sebagai an7s3m0t, ular tersebut memang merupakan seekor ular yang dilatih khas di bawah Akademi Bomba. 

Ular itu dilatih dan dijaga dengan baik oleh akademi tersebut. Oooo, patut la dia baik je, rupanya memang dilatih macam tu.

Macam anjing pengesan K9 jugak la kot kan. 

Sumber: X @kpkt_gov

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.