Tular di media sosial hujung minggu lalu apabila pelakon Puteri Balqis mendedahkan perbuatan keji bapa kandungnya.
Dakwa Balqis, ketika dia masih berusia seawal lima tahun, dia telah dipaksa menonton video lucah di hadapan kawan-kawan bapanya serta turut mendakwa dia dicabul oleh bapanya sendiri.
Disebalik simpati ramai atas apa yang berlaku ke atas pelakon ini, ada juga beberapa netizen yang mengutuk tindakan Balqis mendedahkan perbuatan bapanya ini dengan mengatakan dia telah membuka aib.
Mempertahankan Balqis, ibunya Norashikin Mohd Aziz juga turut mendedahkan penderitaan yang ditanggung selama dia bersama bekas suaminya itu melalui Instagram Puteri Balqis.
Curi motor ketika jadi pengawal keselamatan
Menurut Norashikin, ketika bekas suaminya itu bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sekolah, dia mendakwa lelaki tersebut telah membuat jenayah mencuri motor serta turut memaksanya untuk menjaga pondok sementara lelaki itu melakukan jenayah.
Tidur dalam bilik penuh lelaki. Perikemanusiaan?
Selain itu juga wanita ini turut mendedahkan yang dia terpaksa membayar hutang bekas suaminya gara-gara menipu orang ketika berniaga.
Tak cukup dengan itu, wanita ini turut mengatakan bekas suaminya itu pernah meletakkan pedang samurai di lehernya ketika marah dan turut memaksa melakukan perkara tak senonoh di hadapan anak mereka.
“It was a nightmare for us”
Norashikin mengatakan penderitaan yang dialami oleh dirinya dan anaknya merupakan satu mimpi ngeri buat mereka dan turut menegaskan bahawa dia dan Balqis bukanlah mangsa dan sehingga kini bekas suaminya itu tidak ditangkap kerana mendakwa mempunyai kroni.
“Dimana keadilan buat saya dan anak saya”
Selain itu, ibu Balqis meluahkan rasa penatnya kerana sering menerima kecaman netizen walaupun mereka merupakan mangsa keadaan…
Allahu, sedih betul baca luahan ibu Balqis ni. Min harap akan ada orang yang boleh bantu mereka untuk dapatkan keadilan atas dakwaan ni dan turut doakan agar dorang dapat kebahagiaan selepas ini.