in

Pakcik Ni Betul Ke Sakit?

Page 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang semua pergi je mana-mana, tak kisah lah mall ke, pasar malam ke, konfem korang akan jumpa pengemis yang minta duit kat korang. Ada yang memang memerlukan, dan ada jugak yang berlakon sebab nak dapatkan duit dengan cara yang mudah. Kerja tak nak, duit nak!


Seperti kes yang tular baru-baru ini, ramai netizen yang mempersoalkan sama ada pakcik ini memang betul ke sakit? Menurut Metro, kejadian yang berlaku dekat Johor Bharu ini betul-betul mengejutkan orang ramai. Selalunya kita akan nampak pengemis yang berpenampilan biasa, namun yang berlaku kat JB ini betul-betul luar biasa!

Capture 17
sumber: metro

Menurut pengguna jalan raya, Irfanullah Abdullah yang berusia 40 tahun, dia terkejut apabila terserempak dengan seorang warga emas yang berusia dalam lingkungan 60-an, mengemis di tengah jalan raya. Apa yang memeranjatkan lagi apabila terdapat beg air kencing di bahagian perutnya. Ehhh seriously??!

Menurutnya, pakcik tersebut mengemis di persimpangan jejambat Johor Raya berhampiran dengan pusat beli-belah di Taman Desa Terbau. Difahamkan, pakcik ini bergerak dari satu kereta ke kereta yang lain dengan menggunakan tongkatnya. Ermmm….

Dia mengemis dengan bergerak dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain, dan turut menghampiri kereta saya.”

Saya lihat keadaan dia agak terseksa sebab perlu membawa beg air kencing selain bergerak dengan menggunakan tongkat,” kata lelaki itu.

Adadadadad
gambar hiasan

Difahamkan jugak pakcik itu baru sahaja menjalani rawatan di sebuah hospital, dan kini tiada rumah dan wang untuk makan. Mana anak-anak dia??!

Saya simpati tengok keadaan dia yang tak bermaya dan kehadiran dia kat situ boleh membahayakan diri dia selain pengguna jalan raya yang lain,” tambah Irfanullah.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah JB, Normawarni Mahat mendakwa bahawa pihak mereka masih belum terima apa-apa maklumat berkaitan dengan pakcik itu.

Di media sosial jugak dah tular tentang kes pakcik ini, dan rata-rata netizen ragu-ragu nak percaya pakcik tersebut. Tu lah kan…… Antara komen-komen netizen,

Ada
sumber: facebook
Fhf
sumber: facebook
Qw
sumber: facebook

Kalau betul pakcik ini memang tak ada rumah and tak ada duit, harap pihak kebajikan dapat settlekan hal ini secepat mungkin. Dan kalau benda ni tak benar, hmmmm….

Baca: “Kecik-kecik tak nak mampus!” – Netizen Mengamuk Lihat Video Prank Remaja Ketuk Kepala Pengemis

Capture 18

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.