in

Pakar Patologi Inkues Zara Qairina Buat Laporan Polis Lepas Terima Ugutan Di Media Sosial

dr jessie hiu buat laporan polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, prosiding inkues kes kematian Zara Qairina telah pun bermula dan Dr Jessie Hiu, selaku pakar patologi forensik telah tampil memberikan keterangannya selaku pakar perubatan yang menjalankan bedah siasat terhadap Zara mengenai kecederaan yang dialami oleh mangsa.

Dr Jessie dalam prosiding inkues itu telah menolak kemungkinan Arwah Zara Qairina diserang sehingga jatuh atau ditolak dari tingkat tiga asramanya.


Susulan itu, difahamkan, Dr Jessie telah menerima ugutan dari warganet di media sosial sehingga ada yang mempersoalkan keterangan dan kelayakan pakar patologi forensik itu menerusi ruangan komen di platform media sosial.

Oleh itu, pakar patologi forensik tersebut telah membuat laporan polis berhubung ancaman yang diterimanya itu.

dr jessie hiu

Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Lakaran Model 3D Lokasi Kematian Zara Qairina Untuk Orang Ramai Faham

Artikel berkaitan: Pakar Patologi Tak Percaya Mesin Basuh Boleh Hidup Kalau Berat 53kg

Menurut Harian Metro, perkara tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda.

Difahamkan, Dr Jessie telah dimaklumkan mengenai ugutan itu oleh Pengarah Hospital Queen Elizabeth.

pakar patologi

Dalam masa yang sama, peguam keluarga Zara Qairina turut meminta orang awam untuk menghormati Dr Jessie Hiu dan tidak memperlekehkan kepakarannya.

Prosiding pemeriksaan terhadap pakar patologi tersebut dalam kes inkues ini akan bersambung pada minggu hadapan.

Diharapkan juga orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini kerana difahamkan, akan ada lebih ramai saksi yang akan dipanggil untuk memberi keterangan. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Buletin TV3
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.