in

Covid-19: Laman Web Ini Kongsikan Dengan Lebih Terperinci Tentang Lokasi Yang Pernah Dikunjungi Pesakit

Cats 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelombang kedua wabak Covid-19 yang melanda Malaysia pada ketika ini benar-benar membuat rakyat Malaysia panik selepas kes pesakit yang dijangkiti semakin meningkat pada saban hari.


Lebih membimbangkan, penyebaran berita-berita palsu berkenaan lokasi yang terdedah kepada virus Covid-19 membuatkan masyarakat lebih takut untuk keluar daripada rumah, secara tidak langsung melumpuhkan bisnes peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

Namun, kini anda tidak perlu risau lagi selepas sebuah laman web dengan nama Newslab ada untuk membantu kita semua.

1 8

 

Senarai lokasi dengan lebih terperinci dan tempat yang pernah disinggah pesakit

Apa yang menarik tentang Newslab ini adalah laman web ini sentiasa mengemas kini data mereka pada setiap hari. Sebagai contoh, sehingga pada 15 March, sudah 242 kes yang dilaporkan di Malaysia.

4 5

Lebih menarik, laman web ini turut menunjukkan pecahan kes mengikut setiap negeri untuk tatapan umum.

2 7

Buat anda yang mahukan penerangan yang lebih terperinci, Newslab turut mengemas kini kesemua lokasi yang pernah disinggah oleh pesakit dan status kesihatan mereka pada ketika ini. Bagus betul!

3 9

Semoga dengan adanya laman web ini, segala kebimbangan dan berita palsu yang wujud boleh ditepis dengan fakta yang lebih tepat. Jaga kesihatan anda!

Link Newslab: https://newslab.malaysiakini.com/covid-19/en

 

BACA: Kesian! 13,000 Pekerja MAS Diminta Cuti Tanpa Gaji Sebab Covid-19

Capture 16

Sumber: Newslab
Sumber: Newslab
Sumber: Newslab
Sumber: Newslab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.