in

“Padu bak hang” – Musim Kuarantin Covid-19, Lelaki Ini Ubah Suai Bilik Jadi ‘Spaceship’

Feature 3 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah kawalan pergerakan sudah pun memasuki hari keenam. Mungkin ramai yang tidak tahu apa yang patut mereka lakukan sepanjang tempoh dua minggu ini. Ada yang memasak dan ada yang buat spring cleaning. Bagus lah tu, boleh luangkan masa dengan keluarga kan. 


Kali ini admin nak kongsikan satu aktiviti berfaedah yang dilakukan oleh seorang pelukis sepanjang musim kuarantin ini.

Menerusi Facebook, Ahmad Fathil Zakaria telah mengubah suai sebuah bilik di rumahnya dengan konsep spaceship di angkasa lepas. Cool gila weh!

Posted by Ahmad Fathil Zakaria on Sunday, March 22, 2020

 

Lelaki ini telah melakar terlebih dahulu konsep yang diinginkannya sebelum mengubah rupa bilik tersebut seratus peratus. Hebat betul dia lukis semua ni kan. 

Bilik 5

Semua mural pada dinding juga dilukis sendiri oleh Ahmad Fathil. Dia telah melukis mural pada pintu bilik tersebut sehingga terasa macam pintu yang nak masuk ke dalam alam lain.

Admin memang salute dengan orang yang pandai melukis ni. 

Bilik 4

Selain itu, dia juga memasang lampu LED dalam bilik tersebut supaya lagi terasa seperti hidup di angkasa lepas.

Yang paling cool, lampu LED tersebut boleh bertukar warna dan dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Bilik 6

Rata-rata netizen memuji kreativiti lelaki ini menghias bilik dan menggunakan waktu lapang ketika perintah kawalan pergerakan dengan aktiviti yang berfaedah.

Bilik

Korang yang berbakat dalam bidang lukisan bolehlah berkarya kat rumah dah alang-alang takde buat apa kat rumah tu kan.

Baca: Dikuarantin Kerana Covid-19, Ini Cara Penduduk Itali Hiburkan Hati 

Itali

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.