in

Dikuarantin Kerana Covid-19, Ini Cara Penduduk Itali Hiburkan Hati

Untitled Collage 64

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka, gelombang penularan Covid-19 di Eropah menjadi teruk dengan begitu mendadak — khususnya di Itali, yang kini telah diletakkan di bawah perintah kuarantin.


Perkembangan membimbangkan itu sekali gus membuatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Eropah sebagai pusat pandemik bagi wabak berbahaya yang sehingga kini masih belum ada vaksinnya itu.

Bayangkan, semua tempat awam ditutup kepada umum. Nak tonton bola, Serie A digantung. Nak layan movie dan karnival, semua tempat ditutup. Takkan duduk rumah uli pizza je kot?

Tapi, selain pizza dan pasta — orang Itali ni memang terkenal sukakan hiburan. So, kalau kena kuarantin dalam rumah apa ada hal? Sentiasa ada cara untuk mereka hiburkan hati, antaranya menyanyi di balkoni!

Netizen luar negara, ada berkongsi rakaman video menunjukkan penduduk di sebuah apartment saling menyanyi dan bermain alat muzik dari balkoni masing-masing.

Mungkin pada waktu macam ni, barulah kita tersedar “Oh, sedap rupanya suara jiran aku.”

25948874 8110699 Image A 4 1584130769865

A 1

Banyak lagi sebenarnya video yang dikongsikan secara random di Twitter dan platform media sosial lain tentang keadaan semasa di Itali ketika ini, rasa sedih dah terharu pun ada.

Mana tidaknya, kita lihat semua orang bersatu hati di waktu-waktu krisis sedang melanda.

Jadi, por favor — apa kata sama-sama kita saling menyokong mereka-mereka yang sedang terjejas di seluruh dunia akibat Covid-19 ketika ini?

Dan tidak lupa, mendoakan agar situasi di Malaysia kekal berada dalam keadaan terkawal, dan seluruh rakyat kita dilindungi dari ancaman virus jahat ini.

 

Baca: Lelaki Kongsi Cara Buat Hand Sanitizer Sendiri, Senang Je Rupanya!

Untitled Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.