Seorang paderi di Afrika Selatan menerima kecaman ramai di internet selepas gambar senarai harga untuk servis ‘Doa Special’-nya tular.
Menurut seorang promoter poster servis berkenaan, Paderi MS Budeli mempunyai kebolehan istimewa dimana dia boleh membantu seseorang melihat masa depan mereka menggunakan telefon pintar, buang semua hutang mereka dan juga bertemu Tuhan.
Kalau ada yang berminat, apa yang mereka perlu lakukan adalah membayar caj yang dikenakan untuk setiap servis doa dan hadir ke Konferens Pemujaan.
Berikut merupakan senarai servis doa yang ditawarkan beserta harga mereka. P/S: memang tak masuk akal sebab doa nak menang judi lagi mahal dari doa nak jumpa Tuhan di syurga!
-
- Jumpa Tuhan di syurga – RM 5,133
- Cancel semua hutang – RM 1,283.25
- Nak kahwin esok – RM 2,566.50
- Nak tengok masa depan melalui telefon pintar – RM 5,133
- Nak menang permainan Aviator (judi online) – RM 76,995
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=688742082793710&set=a.585636179770968&type=3
Tak mengejutkan apabila caj servis terbabit dimuat naik ke internet, ramai warganet yang mengecam tindakan paderi itu dan melabelnya penipu dan hanya mahukan duit orang.
Rupanya, kes seperti ini banyak dilaporkan di Afrika Selatan. Sebelum ini, seorang paderi pernah mendakwa dia boleh menyembuhkan orang dengan menyembur racun serangga ke muka mereka.
Ada juga yang mendakwa mereka mempunyai nombor telefon Tuhan.
Sumber: Oddity Central
Baca: Ramai Nak Dapatkan Rawatan Dari Paderi Ini Lepas Dakwa Kentutnya Boleh Sembuhkan Penyakit