Rasanya tak ramai yang tahu sebenarnya ia telah menjadi satu kesalahan untuk menghisap shisha di premis makanan dan jika ditahan, anda kemungkinan besar boleh dikompaun pihak berkuasa.
Baru-baru ini, tular satu video rakaman dari rancangan 999 di TV3 yang memaparkan seorang remaja yang mendakwa dirinya sebagai pelajar kursus perubatan telah dikompaun pihak berkuasa kerana menghisap shisha di kedai makanan.
Menurut video yang dimuat naik di Twitter, gadis itu dilihat agak bengang dan tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.
aduh menara u pic.twitter.com/KhCJ5YVxms
— EBU (@IbuPeri__) May 24, 2022
“Kadang-kadang je, bukan hari-hari nak shisha”
Menurut gadis itu, dia tidak mengetahui rupa-rupanya ia menjadi satu kesalahan untuk menghisap shisha di premis makanan.
Tambahnya lagi, menghisap shisha adalah satu perkara biasa dan tidak faham mengapa pihak berkuasa mahu menyerbu kawasan itu kerana shisha bukan sesuatu perkara yang haram.
Saya student tau, saya nak masuk mahkamah, bawa peguam macam mana? Saya student. Unless saya nak bagitahu parents saya, lepas tu nanti parents saya fikir macam mana?” katanya.
Gadis itu bersama pengunjung restoran yang lain yang menghisap shisha telah disaman RM250 dan jikalau gagal membayar kompaun tersebut, mereka mungkin berdepan dengan hukuman penjara 2 tahun.
“Suara shaking sebab takut mak ayah tahu”
Walaupun ada di kalangan netizen mempersoal kesalahan menghisap shisha di dalam premis makanan, ada juga yang mengatakan pelajar itu kelihatan sedikit ‘shaking’ kerana mungkin bimbang kegiatannnya diketahui ibu bapa. Alamak…
Apa-apapun bagi mereka yang bershisha di premis makanan tu, baik hentikan sebab nanti takut kena saman.
Baca: Singapura Bakal ‘Ikut’ New Zealand Laksanakan Larangan Merokok Kepada Remaja