in

Otaku Malaysia Bakal Berkampung Di Sunway Pyramid Pada November Ini Sempena Cos-Mic 2023!

unnamed 25

Peminat yang meminati anime, manga dan permainan video atau dipanggil ‘Otaku’ dijangka bakal memenuhi Sunway Pyramid pada 3,4 dan 5 November 2023 sempena konvensyen pop culture yang paling dinantikan Cos-Mic 2023.

Acara yang bakal diadakan di Sunway Pyramid Convention Center ini menghimpunkan nama-nama besar yang biasa membuat penampilan dalam scene TACG (Toys, Anime, Cosplay, Games) ini pastinya menjadi tumpuan berikutan sambutan menggalakkan edisi pertama yang dihadiri oleh lebih 20,000 pengunjung.

361912336 254138944032309 3807782641344680043 n

Selain menjadi tempat ‘berkampung’ para cosplayer yang bakal memperagakan watak-watak terkenal ini antara perkara yang best yang akan berlangsung sepanjang konvensyen tersebut.

1. Booth Cosplayer Untuk Sesi Meet & Greet

370189829 3619601941603633 8603348823553117153 n

Peluang untuk korang bertemu dengan Cosplayer terkenal dari dalam dan luar negara seperti Miisa MHC, Jane Jie, Pudds dan ramai lagi yang akan berada di booth bagi sesi meet & greet yang bakal berlangsung sepanjang 3 hari konvensyen.

2. Persembahan ‘anisong’ dari artis tempatan & antarabangsa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cos-mic (@cosmic_asia)

Siri anime ni boleh dikatakan tak lengkap kalau tak ada lagu untuk pembukaan dan penutup setiap episod. Salah satu tarikan adalah persembahan muzik dari artis tempatan dan antarabangsa yang terkenal.

Antara yang menjadi bualan ketika ini adalah penampilan BURNOUT SYNDROMES yang terkenal sebagai pelantun lagu pembukaan siri Haikyu tiga musim berturut, Dr. STONE dan juga Gintama.

Selain daripada itu, ada juga persembahan dari bakat tempatan seperti Fate Feather, Rina-Hime dan juga MinRi.

3. Penampilan Pertama Voice Actor & Actress Di Malaysia

Antara yang bakal menjadi perhatian ramai semasa acara berlangsung nanti semestilah kemunculan istimewa voice actor & voice actress yang selama ini hanya didengari dalam anime sahaja. Pastinya kemunculan mereka ini bakal membuat ramai peminat anime teruja, lebih-lebih lagi ini merupakan penampilan pertama mereka di Malaysia.

394259711 306275175485352 5811685868656157236 n

Pengunjung boleh bertemu dengan Mariya Ise yang meminjamkan suara kepada watak dalam pelbagai anime seperti Hunter x Monster, Chainsaw Man dan banyak lagi serta penampilan Shogo Sakata yang merupakan ‘peminjam’ suara kepada anime seperti Attack on Titan, Ahiru no Sora, Chainsaw Man dan banyak lagi.

3. 80 Booth Artist Alley

Kalau korang nak dapatkan merchandise daripada pengkarya yang bakal mempamerkan hasil seni mereka sepanjang 3 hari Cos-Mic berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cos-mic (@cosmic_asia)

Tiket Dah Mula Dijual

386543321 301010666011803 390055987802527887 n

Untuk korang yang dah tak sabar nak join konvensyen ini, korang boleh dapatkan tiket di tempat acara nanti, atau korang boleh dapatkan potongan RM10 kalau buat pembelian menggunakan Aplikasi Cos-Mic.

  1. Muat Turun Cos-Mic App dari App Store atau Google Play.
  2. Dafter
  3. Pilih acara Cos-Mic 2023
  4. Buat pembelian tiket

Lepas selesai buat pembelian, boleh dapatkan gelang di booth penebusan bertempat di Blue Atrium Sunway Pyramid pada hari kejadian dan penebusan boleh dilakukan bermula 31 Oktober sehingga 5 November!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok di Facebook atau Instagram Cos-Mic 2023 okay! Kita jumpa dekat sana.

Sumber: Facebook