Sedih… Niat seorang budak lelaki berumur 6 tahun ingin menghantar makanan kepada ibu bapanya yang sedang menoreh di kebun getah bertukar jadi tragis apabila mangsa maut digilis lori.
Menurut Harian Metro, Woorawut Sangtang yang berketurunan Siam dan beragama Islam itu dalam perjalanan pulang selepas membeli nasi lemak dan kuih buat ibu bapanya di Napoh, Jitra. Allahuuu kesiannya…
“Hancur hati saya sebaik berpaling ke belakang…”
Menurut ibu saudara mangsa, Suchada Sangtang, 29, kemalangan yang berlaku pada jam 10 pagi ni terjadi tak jauh dari rumah mereka dekat Kampung Napoh apabila motosikal yang ditunggang kedua-duanya bergesel dengan lori.
Ketika kejadian tu berlaku, dia dan mangsa baru je pulang lepas membeli nasi lemak dan kuih muih untuk ibu bapa Worawut yang menoreh di kebuh getah kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
“Hancur hati saya apabila sebaik berpaling ke belakang, saya nampak anak saudara, Worawut digilis lori sehingga menyebabkan sebahagian otaknya berkecai.
“Kami sudah beli makanan dan dalam perjalanan untuk menghantarnya, tetapi apakan daya kejadian berlaku terlalu pantas.
“Kelu lidah tak terkata apabila melihat jenazah anak saudara dalam keadaan macam tu,” kata Suchada.
Lori yang langgar mangsa tak berhenti dan larikan diri?
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang dua mangsa dari RTC Napoh telah keluar simpang menghala ke Bukit Kayu Hitam.
Ketika membelok keluar simpang ke sebelah kiri, tiba-tiba sebuah lori tak dikenali datang dari arah belakang dan bergesel dengan motosikal berkenaan. Kejadian ni menyebabkan mangsa jatuh ke atas jalan dan digilis lori tu.
Malah lebih mengejutkan, lori tu langsung tak berhenti di tempat kejadian dan tak berada di lokasi ketika kejadian berlaku.
Jenazah Worawut yang merupakan anak bongsu dari 3 beradik telah dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al fatihah buat mangsa. Semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini.
Baca: “Bangunlah sayang” – Hari Jumaat Buat ‘Suprise Birthday’ Untuk Isteri, Sabtu Kemalangan & Terus Koma