in

Organ Dalaman Babi Dibaling Dalam Dewan, Parlimen Taiwan Bertukar Jadi Medan Perang

Parlimen Taiwan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes perang mulut di dalam Parlimen Malaysia bukanlah sesuatu perkara yang asing.


Tapi, lain pula yang berlaku di Taiwan apabila seorang wakil rakyat parti pembangkang bertindak melemparkan usus babi di dalam Parlimen.

Difahamkan, kejadian itu adalah sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan yang melonggarkan sekatan import khinzir dari Amerika Syarikat.

Taipei Parlimen E1606553841623

Memetik laporan Berita Harian, wakil rakyat Parti Kuomintang (KMT) telah mengumpulkan beberapa buah baldi yang sudah diisi dengan organ dalaman babi sebelum bertindak membaling usus, jantung, hati dan beberapa organ lain kepada wakil rakyat penyokong kerajaan.

Baru-baru ini, Taiwan telah mengumumkan negara itu akan membenarkan import babi dari Amerika Syarikat bermula tanggal 1 Januari tahun hadapan meskipun haiwan ternakan itu diberi makanan yang mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai Ractopamine.

Difahamkan, makanan tambahan yang mengandungi Ractopamine itu menjadikan daging babi kurang berlemak. Walau bagaimanapun, ia diharamkan di kebanyakan negara termasuk Eropah dan China.

Presiden Tsai E1606554010422

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen dan Parti Demokratik Progresif (DPP), mereka berharap kelonggaran sekatan itu akan membuka laluan buat Taiwan dan Amerika Syarikat memeterai perjanjian perdagangan.

Namun begitu, isu ini mendapat tentangan pelbagai pihak. Ada yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai saingan pasaran sekiranya kelonggaran itu berlaku.

DPP, dalam satu kempen mereka, bagaimanapun, telah menegaskan bahawa makanan tambahan mengandungi Ractopamine itu bukan ancaman keselamatan.

Sementara itu, wakil rakyat pembangkang, Lin Wei-chou memohon maaf atas tindakan melontar organ dalaman babi di Parlimen, namun berkata ia adalah cara untuk mendapatkan tumpuan terhadap isu berkenaan.

Sumber: Berita Harian

Baca: “Lelaki Disumbat Dalam ‘Sangkar Babi’, Direndam Dalam Sungai Lepas Kantoi Atas Katil Dengan Isteri

Collage 44 E1606553628978

Sumber: Kosmo
Sumber: AP News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.