in

“Orang yang saya pergi Mekah bersama” – Andi Bernadee Dianiaya Kawan Baik Sendiri, RM70,000 Lesap

Andi Bernadee Ditipu Sahabat Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati siapa yang tak pedih apabila kawan baik yang dipercayai selama ini sanggup tikam belakang dan menipu sahabatnya sendiri?



Inilah yang berlaku kepada penyanyi, Andi Bernadee apabila dia mendakwa telah ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian wang sebanyak RM70,000.

Andi Bernadee Report Polis

Menurut mStar, Andi atau nama sebenarnya Andi Azri Andi Mapangile, 30, telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pagi semalam (Rabu).

Andi berkata, individu tersebut telah menggunakan WhatsApp miliknya untuk berkomunikasi berkaitan hal kerja yang melibatkan transaksi bayaran.

“Kes yang saya laporkan ini melibatkan pecah amanah… orang yang saya percaya dan bawa masuk dalam industri. Saya sendiri tak sangka dengan apa individu itu sudah lakukan. 

“Dia sudah kacau periuk nasi saya, malukan saya, fitnah dan burukkan saya dekat produksi serta kawan-kawan saya. Sedangkan dia telah songlap duit saya. 

Andi Bernadee Di Ipd Dang Wangi

Saya langsung tak dapat duit hasil kerja saya tahun ini hampir RM70,000. Duit itu merupakan bayaran saya berlakon dan bekerja untuk syarikat baju. 

“Dia manipulasikan WhatsApp saya dan hantar kepada client… client percaya, buat transaksi bayaran itu kepada akaun peribadi dia,” katanya lagi.

 

“Tapi ini antara orang yang saya pergi Mekah dua kali…” 

Dalam pada itu, luahan Andi kepada pihak wartawan berkenaan isu dirinya ditipu rakan baik telah mendapat pelbagai respon netizen sehingga sebahagian rakaman sidang media itu tersebar di TikTok.

Rata-rata netizen berasa sedih dengan luahannya yang memberitahu dia tidak menyangka rakan baik yang mana mereka berdua telah dua kali ke Mekah serta berdoa di Kaabah bersama-sama sanggup menipunya hingga ke tahap ini.

@justbeingyouu

#sadvideo #fyp #fypシ

♬ original sound – Loveyourselfokay? – Loveyourselfokay?

“Saya memang tak ada berkawan dengan sapa-sapa sangat pun. Kerja saya, saya pergi kerja balik kerja duduk rumah. Saya tak ada melepak-lepak, pergi bercuti bersama-sama tu semua tak ada. 

“Tapi ini antara orang yang saya pergi Mekah dua kali bersama-sama dengan dia. Sama-sama sujud depan Kaabah tu. Kalau ada siapa baca saya dekat Mekah tu ada cakap…

“Jauhi aku daripada orang-orang yang menganiaya aku ini dan tunjukkanlah aku kebenaran. Rupanya dekat sebelah aku. Tak payah pergi jauh-jauh,” katanya.

Harap Andi tabah hadapi dugaan ini. Semoga kita juga dijauhi daripada sahabat yang berniat tak elok dengan kita. 

Baca: “Lagi-lagi kes scammer” – Peniaga Wanita Kerugian RM62 Ribu Ditipu Individu Dalam ‘Game Online’

Gambar Hiasan

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.