in

“Orang tengah cemas, ambil kesempatan pulak”- Dua Farmasi Jual Topeng Muka Mahal Masa Rakyat Risau Wabak Coronavirus

Featured 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam tak ada perasaan langsung, sedang ramai risau dengan wabak coronavirus yang semakin membimbangkan di seluruh dunia, ada pihak yang cuba ambil kesempatan dengan situasi tersebut.


Mungkin gelap mata dan membayangkan keuntungan yang bakal diterima berlipat kali ganda, dua farmasi masing-masing di Kulai dan Johor Bahru tergamak menaikkan harga penutup mulut dan hidung.

Kks Ub300120 Vv Mask P2Copy
Gambar hiasan

Namun tindakan mereka itu menerima padah selepas dikenakan kompaun oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor.

Pemilik premis terbabit didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu menjual apa-apa barangan terkawal dengan harga yang tinggi dari harga kawalan”- Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro

Sehubungan itu, dua farmasi tersebut telah dikompaun pada 30 Januari dan semalam dengan masing-masing pada kadar RM500 dan RM10,000.

Kata Hairul, susulan penularan wabak koronavirus, permintaan terhadap penutup mulut dan hidung meningkat, lapor Harian Metro.

Kks Ub300120 Vv Mask P1Copy
Gambar hiasan

So, disebabkan itu KPDNHEP Johor sehingga kini telah menjalankan 135 pemeriksaan di farmasi, kedai ubat dan premis menjual peralatan tersebut sebelum berjaya mengesan 2 kes yang melanggar Akta kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Untuk makluman, kerajaan telah menetapkan harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal ke atas 5 jenis penutup mulut dan hidung iaitu :

  • Pembedahan/perubatan satu lapisan gelung telinga berharga RM5 sekotak pada harga borong dan RM7 sekotak pada harga runcit.
  • Pembedahan/perubatan dua lapisan gelung telinga berharga RM8 sekotak pada harga borong dan RM10 atau RM0.20 sen seunit pada harga runcit.
  • Pembedahan/perubatan tiga lapisan gelung telinga/gelung kepala berharga RM25 sekotak pada harga borong dan RM0.80 sen seunit pada harga runcit.
  • Pembedahan/perubatan tiga lapisan (ikatan pada kepala) berharga RM30 sekotak pada harga borong dan RM0.80 seunit pada harga borong.
  • Pembedahan/perubatan N95 berharga RM100 sekotak pada harga borong dan RM6 seunit pada harga runcit

 

Kalau korang jumpa tempat yang naikkan harga mask, laporkan je!

Baca : Menyusahkan orang lain! Instafemes Prank Dijangkiti Coronavirus, Pesawat Terpaksa Patah Balik Buat Emergency Landing

Buat Prank Coronavirus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.