Anak adalah anugerah terindah bagi setiap orang tua. Kehadirannya selalu dinanti dan sudah pasti tiada ibu bapa ingin melihat pemergiannya.
Berita sedih pemergian dua beradik di Sarawak minggu lepas akibat digigit anjing memang sungguh menyayat hati.

Dua beradik tersebut, Monica Mazlan, 6, dan adiknya, Jackson, 4, dikatakan telah digigit anjing liar sekitar akhir bulan April.
Gigitan anjing itu dipercayai punca utama kematian dua beradik tersebut oleh kerana dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies.
Monica dikatakan telah digigit di bahagian tumit manakala adiknya Jackson telah digigit di bahagian mukanya.

Selepas insiden tersebut, mereka tidak dibawa ke klinik untuk menerima rawatan segera kerana kelihatan sihat seperti biasa. Namun, mereka mula berperangai pelik selepas Gawai Dayak.
“Monica yang biasanya agak pemalu dan pendiam, tiba-tiba menjadi sangat peka dan becok. Bagi Jackson pula, dia tidak sihat selepas perayaan Gawai Dayak dan sentiasa semput.”
Mereka telah dibawa ke Klinik Balai Ringan untuk menerima rawatan namun keadaan mereka bertambah teruk tidak lama selepas itu. Mereka terus dibawa ke Hospital Serian pula pada 24 Jun dan dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapat rawatan.
Malangnya, mereka tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 1.43 tengah hari dan 1.46 tengah hari di Hospital Umum Sarawak.

Tetapi, yang lagi menyedihkan rupa-rupanya mereka cuma memerlukan RM40 sahaja untuk merawat penyakit mereka itu. Jika mereka pergi mendapat rawatan sejurus selepas digigit, tragedi ini tidak akan berlaku.
Mereka tidak mendapat rawatan segera oleh kerana keluarganya mempunyai masalah kewangan ketika itu.
Ibunya bekerja sebagai seorang suri rumah dan suaminya cuma pekerja rencam sahaja. Mereka mempunyai 6 anak berusia 2 hingga 12 tahun.
Jika anda atau anak anda telah digigit anjing, pastikan lukanya dibasuh dengan air dan segera pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
Baca : Lelaki Panjat Pagar Untuk Mencuri, Tanpa Disedari Tuan Rumah Memiliki Anjing Rottweiler