Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa aktiviti pelancongan ke negeri-negeri PKPP dibenarkan bagi membantu pembangunan ekonomi dalam sektor pelancongan.
Memandangkan Langkawi kini menjadi negeri Zon Hijau, ramai rakyat Malaysia ambil peluang ini untuk pergi bercuti. Menerusi Facebook Langkawi Kini, terdapat gambar-gambar menunjukkan situasi orang-orang ramai membanjiri Jeti Langkawi.
Ia telah mencetuskan rasa bimbang orang ramai apabila melihat keadaan disana yang begitu sesak dan dilihat seperti tiada penjarakan sosial antara mereka.
Untuk rekod, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini ada mengatakan bahawa perjalanan mestilah semata-mata untuk tujuan pelancongan dan menggunakan kenderaan pelancongan sahaja dan kenderaan persendirian masih TIDAK dibenarkan untuk rentas negeri.
Bagaimanpun agensi pelancongan itu haruslah berdaftar di bawah MOTEC (Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan) dan mereka mesti mendapatkan kelulusan dari PDRM sebelum melakukan perjalanan.