in

“Orang nak jual, kau pun nak jual” – Individu Hampa Dapat Ayam Masih ‘Pink’ Di Bazar Ramadan

syaz ft 2025 03 05T102158.514

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Ramadan ini bukan sahaja bulan di mana amal ibadat dipertingkatkan, malah menjadi kebiasaan di Malaysia untuk adanya bazar Ramadan yang biasanya menjual juadah untuk berbuka puasa.

Ramai peniaga tidak melepaskan peluang untuk menambah pendapatan mereka di bulan yang mulia ini, namun ada juga peniaga yang membuatkan pembeli naik angin dengan kualiti makanan yang ditawarkan.


Artikel berkaitan: Tular Video Peniaga Berebut Tapak Bazar Ramadan, Siap Ada Yang Jatuh Tersungkur

Artikel berkaitan: Siswazah Malaysia Kongsi Suasana Bazar Ramadan Di India, Tidak Sekotor Macam Didakwa!

Seperti yang tular baru–baru ini di TikTok, seorang pembeli kesal apabila ayam bakar yang dibeli di bazar Ramadan masih mentah dan berwarna merah jambu.

@myliyaaaa

Tolongla jangan fikir nak kaya je. aduhai #bazarramadan #menubazar

♬ original sound – DdChronicle – DdChronicle

Difahamkan, pengguna TIkTok @myliyaaaa itu membeli lauk ayam itu sebagai juadah berbuka puasa, dia juga menyifatkan peniaga itu terlalu mahu ‘cepat kaya’ kerana menjual makanan dalam kualiti sebegitu rupa.

Perkongsiannya itu turut mendatangkan kemarahan netizen lain, rata-rata beranggapan ianya sesuatu yang amat tidak wajar malah jualan makanan dengan kualiti begitu membuatkan pembeli terdedah kepada pelbagai penyakit.

cats 2

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 17 saat itu sudah mendapat lebih 230K tontonan serta lebih 600 komen.

Tak baik lah aniaya orang macam tu…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.