in

Siswazah Malaysia Kongsi Suasana Bazar Ramadan Di India, Tidak Sekotor Macam Didakwa!

Ft Bazar Ramadan India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sering ‘disajikan’ dengan pendedahan berkenaan keadaan di negara India yang dikatakan kurang menjaga kebersihan, terutama sekali dalam pengedalian makanan.

Bagaimanapun, seorang siswazah yang menjadi penuntut di sebuah institut pengajian di negara itu tampil membuat pendedahan berkenaan Bazar Ramadan di negara itu. Menurutnya, ia tidaklah sekotor yang didakwa.


Artikel berkaitan : Boleh Muat 235 Orang Sekaligus, Lift Di India Ini Adalah Lif Paling Besar Di Dunia!

Artikel berkaitan : “Dia tanya bazar dulu” – Netizen Terhibur Tengok Pasangan India ‘Excited’ Pergi Bazar Ramadan

Menurut siswazah yang dikenali sebagai Aishah Budiman yang mengambil jurusan medik ini, tempat dia menetap iaitu di Belgaum merupakan antara tempat yang mempunyai ramai komuniti beragama Islam di situ.

Screenshot 2024 04 05 134428

Jadi di sana, menurutnya terdapat Bazar Ramadan yang agak besar dan dekat jarak dengan kampusnya.

Memandangkan ini adalah Ramadan terakhirnya di negara tersebut, Aishah kongsikan keadaan sebenar Bazar Ramadan di sana untuk memastikan sama ada ia kotor seperti mana yang didakwa oleh orang ramai atau tidak.

Screenshot 2024 04 05 134528

Ketika dia meninjau seluruh bazar tersebut, Aishah ada menjelaskan bahawa di sana juga mereka menggunakan kaedah bayaran yang lebih kurang sama di negara ini iaitu menggunakan kaedah QR.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by budiman’s daughter (@aishahbudiman)

Bagaimanapun, Aishah menjelaskan bahawa ia adalah satu perkara normal apabila peniaga-peniaga di situ tidak menggunakan sarung tangan dalam menyediakan makanan untuk pelanggannya.

Jelas Aishah, dia pernah terkena keracunan makanan sebanyak 5 kali selepas membeli makanan di situ.

“Kalau dekat sini, diaorang memang tak pakai sarung tangan dan itu adalah normal, tak ada sesiapa yang akan saman pun, sebab mungkin rakyat mereka dah terlalu ramai dan perut mereka sudah terlalu kebal.”

Screenshot 2024 04 05 134629

“Sepanjang saya duduk di India saya pernah kena keracunan makanan sebanyak 5 kali, tapi waktu saya final year ni saya tak pernah kena keracunan makanan, mungkin sebab perut saya dah ada antibodi terhadap bakteria-bakteria ini, sebab itulah saya ok je kalau nak makan makanan tepi jalan ni.”

Malah, jelasnya harga di bazar ramadan di sana sangatlah murah, misalnya air tebu yang betul-betul asli tanpa dicampur dengar air dengan kuantiti yang begitu banyak, harganya cuma RM1.70 sahaja.

Kalau min perhatikan bab kebersihan memang terjaga, cuma perkara biasa di jalanan kerana kenderaan lalu lalang disitu, korang boleh tengok video penuh di bawah ni.

 

Hurm, kalau diperhatikan menerusi video ni, Aishah sendiri mengaku yang  mereka tak pakai sarung tangan, jadi ia mungkin jadi satu isu jika di Malaysia tapi di India ia adalah normal. Malah Aishah yang sebelum ini dah 5 kali kena keracunan makanan pun dah jadi terbiasa dengan keadaan itu. Pendek kata, kalau di India ini, ia dikira bersihlah.

Sumber : Instagram, YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.