Seorang timbalan pengerusi daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) merupakan antara salah seorang daripada tiga individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana zakat yang berjumlah kira-kira RM230 juta.
Menerusi laporan Berita Harian, dua suspek lelaki yang umurnya dalam lingkungan 50 ke 60-an telah ditahan kira-kira jam 3 hingga 5 perang dalam operasi di sekitar Lembah Klang, semalam.
Malah, seorang lagi individu berusia 50-an telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang.
Artikel berkaitan: “Niat saya buka ruang kebaikan” – Ustaz Mohon Maaf Lepas Kena Kecam Minta Dana Beli Jubah RM580
Artikel berkaitan: Rossa Agih Zakat RM122,000 Kepada Mangsa Bencana Banjir Di Sumatera
18 kereta mewah disita
Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati semua suspek dengan dua daripada mereka adalah pengarah syarikat, mereka disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2018 sehingga 2024.

“Hasil siasatan awal turut mendapati timbalan pengerusi NGO terbabit dipercayai sudah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan peribadi.”
“Siasatan kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO itu adalah sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan memerlukan.”
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan mengenai tangkapan tersebut ketika dihubungi oleh media.

“Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. Kesemua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di Selangor, esok, untuk permohonan reman.”
Sumber turut melaporkan bahawa SPRM juga ada menyita sebanyak 18 kenderaan mewah, rumah dan hartanah yang bernilai sekitar RM 11 juta, serta pelbagai harta alih lain berbentuk wang tunai dan jam tangan berjenama.
Dalam pada itu, SPRM telah membekukan 33 akaun bank yang berjumlahsekitar RM 120 juta, bagi tujuan siasatan kes berkenaan.
Isu ini dilihat menjadi topik perbualan netizen di media sosial, ramai antara mereka yang meluahkan rasa terkejut dan ada yang mula rasa rasa was-was untuk memberikan sumbangan di mana-mana badan NGO selain daripada pusat pungutan zakat secara rasmi.

Sumber: Berita Harian, Threads
