in

“Orang Melayu tak payah pakai anjing jaga rumah ni lagi seram weh” – [VIDEO] Netizen Faham Rasa ‘Gerun’ Kena Serang Angsa.

Cod6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang binatang yang tak buas dan liar ni lah jauh lebih bahaya, bagi korang yang ada pengalaman macam Puan Aya dan suaminya Abdul Syukur Ismail mesti faham macam mana rasa gerunnya bila kena serang dengan angsa.

Video berdurasi 52 saat yang tengah viral di media sosial ini telah membuktikan bahawa ramai netizen yang faham dan ada yang pernah alami perkara yang sama. Masing-masing terhibur bila melihatnya.


 

Ingat senang ka cod ni haaaa sian matkodt,seb bek bukann aku yg kluaq”

Kejadian di Pasir Hitam, Langkawi ini berlaku semalam (16/8/2020) ketika pasangan suami isteri ini nak hantar barang tempahan kepada pelanggannya di rumah. Dalam video itu dapat dilihat suaminya diganggu oleh angsa belaan pelanggannya itu.

Apa yang peliknya, Puan Ana ada kongsikan kepada Team Lobak Merah bahawa sebelum ini mereka pernah pergi ke rumah pelanggan tersebut tapi tiada apa-apa berlaku.

“Sebelum ini kami pergi elok je, semalam tak tahu lah masuk hantu apa. Heeee”

Tambahnya lagi tuan rumah sendiri takut nak tolong sampai terpaksa panggil anaknya untuk leraikan pakai penyodok sampah. Korang tengok ni.

Kalau diperhatikan tengok gaya Abdul Syukur ini macam chill-chill je pegang kepada angsa tu. Video ini dah tersebar luas sampai ke Twitter. Ramai netizen yang faham dan gerun bila melihat kejadian tersebut.

 

Orang Melayu tak payah pakai anjing jaga rumah ni lagi seram weh – Netizen

Netizen Netizen2 Netizen3 Netizen4

Min pun kalau nampak angsa tu berkerumun awal-awal dah gerun.

 

Baca : “Parents kau ajar kau biadap…” – Viral Video Kanak-Kanak ‘Smack Down’ Angsa. Kelakar Atau Kejam?

Smackdown

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.