in

“Orang macam saya ini tidak layak buat kebaikan” – Sajat Telan Ubat Tidur 5 Hari Berturut-turut?

sajat 3

Selepas isu dikasari JAIS, dedah jantina transgender dan menerima kecaman hebat, usahawan Nur  Sajat dikatakan sedang mengalami depresi sehingga terpaksa makan ubat tidur selama lima hari berturut-turut.

Menerusi Kosmo! Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ada muat naik IG Story sebelum ini menjelaskan bawa fikirannya kini seperti tidak stabil.

 

Orang macam saya ini tidak layak buat kebaikan. Main otak sampai saya tak betul. Kadang-kadang tulisan jawi pun sudah nampak terbalik.”

sajat2 1

Dalam perongsian itu, Sajat meluahkan seperti dirinya putus harapan dalam membuat kebaikan.

“Mungkin mereka suka tengok saya melacur daripada buat kerja elok kot (agaknya). Orang macam saya ini tak layak hidup macam orang biasa. Memang kena duduk dekat lorong buat kerja massage (urut) ataupun melacur online (atas talian). Buat sedekah itu adalah mainan agama.

“Pakaian perempuan pula (pakaian sopan) walaupun sudah mempunyai kemaluan wanita” 

Malah, Sajat juga ada kongsikan fotonya memakai alat pernafasan sambil memberikan kata-kata sedih yang terpahat dalam hatinya.

“Bila mati, semua akan tenang. 2021 aku nak tenang, aku nak bahagia. Aku nak hidup macam keluarga lain. Insya-Allah. Terima kasih. Buat saya makin dekat dengan tarikh mati saya,”

Terdahulu Sajat ada mendedahkan dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina. Ia susulan dengan isu dirinya ditahan JAIS kerana mengadakan majlis doa selamat untuk anak-anak tahfiz pada tarikh 23 Februari 2018 sebelum segelintir pihak mengambil tindakan membuat laporan kepada JAIS yang tidak bersetuju dirinya berpakaian seperti seorang wanita yang dilihat seperti mempermainkan agama.

 

Baca : “Adakah aku seorang kafir?” – Dakwa Kononnya Dikasari Pegawai JAIS, Sajat Akhirnya Mengaku Bedah Tukar Jantina

sajat3 2