in

“Orang kita cepat melatah” – Alif Satar Dikecam Menyanyi Dalam Gereja, Rakan Tampil Beri Penjelasan

Alif Satar Gereja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial telah memuat naik satu hantaran yang mengecam tindakan Alif Satar membuat persembahan nyanyian di dalam sebuah gereja.


Difahamkan, Alif Satar & The Locos telah mengadakan konsert di St John’s, Hyde Park, London dalam jelajah United Kingdom yang ditaja sepenuhnya oleh GB Gold pada 28 April lalu.

Susulan itu, selebriti serba boleh ini mendapat banyak kritikan daripada segelintir netizen kerana memilih tempat persembahannya yang dianggap sensitif untuk umat Islam.

Artikel berkaitan: Ada Yang Kurang Senang Usaha Ajak Subuh Macam Jumaat, Ini Respon Alif Satar

Artikel berkaitan: Gereja Buat Majlis Iftar Kenal Islam

Screenshot 2024 05 02 151257

Rakan pertahan Alif Satar

Disebabkan banyak pertikaian, rakan Alif Satar iaitu Zaidan Zainuddin memberi penjelasan mengenai lokasi berkenaan.

Jelasnya, lokasi showcase itu adalah gereja yang juga merupakan pusat komuniti untuk pelbagai cara.

“Orang kita cepat melatah. Isu Alif buat konsert kat gereja. Kamu tahu tak gereja yang penganjur acara sewa ini adalah pusat komuniti atau ruang acara yang memang untuk disewakan?

“Masa aku pergi tinjau sebelum hari konsert, ada ramai kanak-kanak kat tengah-tengah ruang ni. Mereka tengah ada sesi taska. Rasa macam peliklah juga, ini gerejakah dewan?”

Zaidan berkata dia percaya Alif juga pastinya sudah menitikberatkan banyak hal mengenai pemilihan lokasi acara Alif Satar & The Locos: Live in London itu.

“Tempat ini memang dewan majlis dan gereja lama yang tiada langsung simbol salib di dalamnya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zaidan Zainuddin (@zaidan_zainuddin)

Sementara itu, Alif juga dilihat repost hantaran berkenaan di Instagram miliknya dan berterima kasih kepada sahabatnya itu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.