• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Duduk atas bahu lagi”- Peguam Ini Kongsi Kejadian Seram Berlaku Sepanjang Kerja

by Izatul Azman February 24, 2022, 5:19 pm

ShareTweet
Fi Peguam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejadian mistik dan seram ni kalau dia nak jadi kan, tak kira masa, di mana jua pun dia boleh menganggu kita. Tak kira lah kita ni siapa.

Macam satu perkongsian di laman Twitter ni, bagi min cerita ni sangat lah rare sebab jarang kita nak dengar kejadian mistik mengganggu seorang peguam. Selalunya diorang ni share kes dalam court je kan? Tapi kalini lain sikit….


Melalui perkongsian daripada seorang peguam bernama Afiq Farhan, katanya sepanjang dia berkhidmat, ada beberapa pengalaman mistik yang pernah dilaluinya…

https://twitter.com/mafiqfarhan/status/1496140041718218759?s=21

1. ‘Penunggu’ Office

Menurut saudara Afiq ini, office bagi firma pertamanya dahulu katanya ‘berpenunggu’. Pada awalnya, gangguan yang diterima berbentuk bunyi pintu dan kerusi. Kemudiannya dia upgrade sikit main mesin photostat dan mesin fax. Lama-kelamaan ‘dia’ main lampu dan komputer pula. Kemuncak kepada gangguan itu ialah ‘penunggu’ tersebut menyorok file kes yang akan dibicara pada keesokan harinya.

Apabila diperiksa di CCTV, file yang dicarinya itu terlihat melayang-layang ke bilik stor. Nasib baik lah jumpa, kalau tak melepas lah kes tu. Dah lah katanya kes tu berharga RM10 ribu! Banyak tu!

2. Mulut menjadi berat

Selain diganggu file kes dicuri, Afiq juga pernah mengalami sakit kepala dan rasa malas nak bercakap tiap kali waktu perbicaraan kes lawan orang asli di Gua Musang. Katanya, dia juga alami batuk dan demam secara konsisten ketika itu sehinggalah satu hari dia singgah di sebuah surau di kawasan Pasir Puteh.

Seorang imam telahpun menegurnya dengan mengatakan ada benda kotor melekat di badannya. Imam tersebut juga menasihatinya agar minum ‘air tawar’ untuk ‘membersihkan’ kotoran itu.

3. ‘Penunggu’ duduk di atas bahu

Kejadian ketiga yang dialami Afiq ini berlaku ketika dia mengendalikan kes berebut pusaka tanah kebun. Dia telah mengalami rasa sakit bahu seperti dislocate sebaik sahaja pulang daripada melawat kawasan tanah pusaka yang dikatakan mempunyai banyak pokok durian.

Pun begitu, Afiq bernasib baik apabila kawannya pergi membawanya berjumpa pak cik untuk berubat. Pak cik itu tepuk angin atas bahunya lalu bertanya pada ‘penunggu’ itu, “Bila nak balik? Jauh dah berjalan ni, nanti tuan marah tinggal kebun lama-lama..”

Rupa-rupanya, ketika dia masuk ke kebun itu, Afiq ada mengambil seketul batu kecil yang cantik untuk dibuat batu cincin. Menurut pak cik itu, batu tersebut ada khadam yang digunakan buat jaga kebun pusaka tersebut. Sebaik sahaja Afiq hubungi pewaris kebun itu, mereka terus menyuruhnya memulangkan semula batu tersebut di kebun pusaka terbabit. Fuh nasib baik tak sempat buat batu cincin.

4. Kena marah dengan saka anak guam

Pengalaman seterusnya yang dialami oleh Afiq sepanjang menjadi peguam ialah dia pernah dimarahi saka anak guamnya semasa melawat ketika dia sedang nazak. Menurutnya, sesampai sahaja dia berjumpa anak guamnya itu, dia terus dimaki dan dimarahi; katanya Afiq cuba nak tipu dan rampas segala harta anak guamnya itu.

Walhal dia cumalah seorang peguam yang menjaga wasiat sahaja. Apabila anak guamnya itu meracau semakin kuat, anak-anaknya memanggil seorang ustaz sehingga ke akhir nafasnya. Ketika itu, Afiq ada terdengar bisikan orang-orang yang datang mengatakan yang mengamuk itu bukanlah anak guamnya tetapi saka.

Seram juga rupa-rupanya bila peguam kena ‘kacau’ ni kan? 

Baca: Meremang! 10 Kisah Seram Universiti Awam Yang Confirm Korang Pernah Dengar

Baca Peguam

Sumber: Gambar Hiasan
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Pakcik Onani Dalam Kedai

    “Hang tak malu ka?” – Dengar Bunyi Zip Dibuka, Pakcik Buat Aksi Tak Senonoh Dalam Kedai Ditahan

  • Syaz Ft 2026 04 24T155955.753

    “Kerana populariti?” – Penyanyi D4vd Didakwa Sanggup B*nuh Gadis 14 Tahun Demi Karier

  • Parent Pembuli Ako Mustapha

    “Memang parents pembuli ni berlagak ke?” – Ako Mustapha

  • Pempengaruh Bangladesh Dirempuh Pemandu Mabuk Mex

    “#JusticeForMuzahid” – Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Kematian Pempengaruh Dil*nggar Pemandu Mabuk Di MEX

  • Syaz Ft 2026 04 24T122248.813

    Niat Ziarah Kematian Berakhir Tragedi: Bapa Maut, 5 Ahli Keluarga Cedera SUV Jatuh Gaung Di Cameron Highlands

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 17

    Tropicana Twister Gandakan Kebaikan Dengan Bina Rumah & Buka Harapan Baru Untuk Generasi Akan Datang

  • Collage 9

    Slim Chickens Kini Di Malaysia, Jenama Ayam Goreng Dari US Ini Sasar ‘Trend Fast-Casual’ Yang Makin Popular

  • Collage 7

    Harvey Norman Lancar Tilam Hilker V-Series Di Malaysia, Siap Ada 10,000 Spring & Teknologi Dari Jerman

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Parent Pembuli Ako Mustapha

    “Memang parents pembuli ni berlagak ke?” – Ako Mustapha

  • Syaz Ft 2026 04 23T155214.473

    “Terpulang orang nak kata…” – Datuk Red Tak Mahu Teruskan ‘Perkahwinan Toksik’, Hanya Mahu Pengesahan Rujuk

  • Datuk Red Tuntut Rm100000 Adira

    “Tergamaknya dia” – Adira Dedah Datuk Red Letak Syarat, Tuntut RM100,000 Batalkan Kes Rujuk

  • Ameng Spring Liza Hanim

    “Dia nak tumpang glamor saya” – Ameng Spring ‘Sound’ Liza Hanim?

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube