in

“Orang atasan memang tak boleh kena usik eh?” – Video Anggota Tentera Sg Udang Kena Tumbuk Viral Gara-gara Tersilap Tahan Pegawai Kanan

Tumbuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Orang atasan memang tak boleh kena usik eh?" - Video Anggota Tentera Sg Udang Kena Tumbuk Viral Gara-gara Tersilap Tahan Pegawai Kanan
Loading
/

Baru-baru ni, viral di Twitter sebuah video yang menunjukkan seorang anggota tentera yang berkawal di pintu masuk sebuah kem dipercayai telah ditumbuk oleh seorang pegawai kanan tentera.


Puncanya kerana anggota tentera tersebut telah menahan kenderaan yang dinaiki oleh pegawai kanan terbabit.

 

“Akibat kesilapan “besar” nya itu, dia ditumbuk. Harap kes ini disiasat secara adil & tiada cover up!”

Menerusi perkongsian akaun Twitter MyWatch, kes ini dilaporkan berlaku di Kem Sg Udang, Melaka dan pegawai tersebut telah ditumbuk hanya kerana tersilap tahan kenderaan yang dinaiki pegawai kanan terbabit.

Kejadian ini menimbulkan kemarahan netizen dan mereka berharap kes ini disiasat dengan adil dan sudah pastinya tiada cover up!

Crime Watch
sumber: twitter

 

“Anggota tentera itu hanya melakukan tugasnya. Tak adil dia dilayan macam tu” 

Pangkat
sumber: twitter

 

“Askar. Dunia mereka berbeza” 

Pun begitu, seorang netizen menjelaskan bahawa perkara macam ni adalah satu kebiasaan bagi anggota tentera. Menurutnya, dunia askar dan orang biasa memang berbeza. Tapi… takkanlah tu boleh jadi lesen untuk menumbuk sesuka hati kan? 

Bom
sumber: twitter

 

Mat Sabu janji kes akan disiasat secara bebas dan adil

Dalam pada itu, menurut mStar, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dakwaan pegawai kanan Tentera Darat yang menumbuk seorang anggota bawahan itu sedang disiasat pihaknya.

Beliau juga berjanji siasatan ini akan dijalankan dengan bebas dan adil.

Colin Ms 5
sumber: st

“Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum. Pihak Tentera Darat sedang melakukan siasatan segera dan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Saya memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ dilakukan,” katanya lagi.

Buat masa ini, eloklah kita jangan buat spekulasi dan provokasi berkaitan isu ini. Biarlah pihak yang bertanggungjawab melakukan siasatan mereka. 

Baca: Datuk Ini Tuduh Timbalan Menteri Pakai Baju Komunis Di Hadapan Askar Melayu, Rupa-rupanya…

Chin Tong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.