Siapa sangka, konsert Ella baru-baru ni bukan saja gegarkan stadium dengan lagu rock, tapi turut jadi saksi satu pertemuan yang cukup bermakna buat peminat drama tempatan.
Menerusi perkongsian di Threads dan Instagram, penyanyi Elyana telah memuat naik satu video yang membuatkan ramai netizen teringat zaman persekolahan dulu. Mana tidaknya, dia dilihat sempat meluangkan masa dan berpelukan dengan rakan baiknya, Datin Anne Ngasri!
Artikel berkaitan: “Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui” – Kongsi Foto Berkepala Botak Di Instagram, Peminat Titip Doa Untuk Kesembuhan Elyana
Artikel berkaitan: “Saya datang dengan cinta ” – Luahan Rindu Suami Allahyarham Nadia Kesuma Undang Sebak Netizen
“Terubat Rindu… Opie Loves Madihah!”
Kalau korang peminat tegar drama Dunia Baru yang pernah fenomena suatu ketika dulu, korang mesti tahu betapa akrabnya watak Opie (Elyana) dan Madihah (Anne Ngasri).
Dua watak ni boleh dikatakan bestie yang paling diingati. Sorang jenis selamba dan happy-go-lucky, sorang lagi pula jenis tertib dan skema.
View on Threads
“Semalam terjumpa wanita hebat ni.. terubat rindu… Opie Loves Madihah!” – tulis Elyana di ruangan kapsyen.
“Geng millenial….”
Di ruangan replies, ramai yang mengakui sangat rindu dengan karater Madihah dan Opie, malah ada juga yang berharap agar mereka ini disatukan kembali.

Bagi yang mungkin terlupa, drama Dunia Baru mula mencetuskan fenomena pada tahun 2006 di TV3. Bukan saja memaparkan jatuh bangun kehidupan mahasiswa, siri ini juga sangat ikonik sehingga pernah diadaptasi ke layar perak melalui Dunia Baru The Movie pada 2008.
Walaupun sudah hampir dua dekad berlalu, watak-watak seperti Opie dan Madihah tetap melekrat di hati peminat.
Sumber: Threads
