in

“Opah setia menunggu” – [VIDEO] Tak Balik Sejak PKP, Aksi Gadis Ini Lepaskan Rindu Dekat Opah Bikin Sebak

Fi Cucu Lepas Rindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang akan setuju, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini membuatkan rasa rindu dekat ahli keluarga tu semakin membuak-buak. Apatah lagi, untuk mereka yang terpaksa tinggal berjauhan dan berada di negeri lain.


Seperti apa dilalui oleh gadis ini, nyata membuatkan sesiapa yang melihat akan berasa tersentuh dan jeles.

 

Tak balik sejak PKP… Opah tak percaya cucu balik

Sejak baru-baru ini, sebuah video mengenai pertemuan seorang nenek dan cucunya ini menjadi viral apabila dikatakan tidak balik ke kampung sejak PKP lalu.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang gadis dikenali sebagai Anis di TikTok, apabila dia menunjukkan saat bertemu semula dengan Opahnya setelah sekian lama tak berjumpa.

Cucu Lepas Rindu 1

Dalam video tersebut, menunjukkan Anis membuat kejutan dengan berada diluar rumah Opahnya. Dia sempat membuat video untuk melihat reaksi neneknya itu, dan ternyata opahnya itu kelihatan terkejut.

Anis menyatakan yang dia suka mengusik neneknya, dan dia dilihat mencium neneknya berulang kali melepaskan rindu. Segan cucunya mencium berulang kali, si Opah melarang Anis buat sebegitu lagi dengan mengatakan dirinya belum mandi.

 

Opah tunggu saja depan tandas

Selepas itu, mereka memasuki rumah dan Anis dilihat memeriksa tahap kesihatan neneknya lalu menemannya makan.

Apa yang lebih manis untuk dilihat, Opah sanggup menemani Anis untuk ke tandas dan dia hanya duduk di tangga sambil menunggu cucu kesayangannya itu. Walaupun agak lama menunggu, Opah tidak berganjak dari tempatnya.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai, dan hingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 507k tontonan.

@n__ans

Rindu yang tiada penghujung ?❤️

♬ original sound – نورانيس – نورانيس

 

“Awak buat saya menangis”

Di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan perkongsian oleh gadis ini. Ada yang menyatakan mereka berasa sedih melihat momen manis cucu dan nenek ini. Selain itu ramai juga yang menyatakan Anis sangat beruntung mempunyai seorang nenek yang sangat penyayang.

Reak Cucu Lepas Rindu 1 Edit

Reak Cucu Lepas Rindu 3 Edit Reak Cucu Lepas Rindu 2 Edit

Comel je tengok karenah cucu dengan nenek ni. Seronok betul siapa yang masih ada datuk dengan nenek ni, doakan mereka supaya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.

 

Baca : “Padu!” – [VIDEO] Nenek Pergi Hiking, Siap Pakai Jubah Lagi 

Foot Cucu Lepas Rindu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.