Kalau tak jalan sesak, king of road atau berlubang, aliran jalan diganggu disebabkan VIP ni memang dah sinonim dengan jalan raya di Malaysia.
Mungkin dah disebabkan jelak dengan masalah sebegini, pengguna jalan terus berpakat untuk buat satu tindakan berani kepada mereka.
VIP kena hon
Viral satu video di mana sekumpulan pengguna jalan membunyikan hon mereka tanpa henti kerana dihalang oleh pihak berkuasa untuk diberi laluan kepada golongan ‘kayangan’.
Dapat dilihat ketika rombongan VIP itu lalu, salah satu pengguna membunyikan hon diikuti dengan penunggang motor yang lain sebelum merebak kepada ramai orang ikuti langkah tersebut.
Video yang dirakam oleh pengguna TikTok @anakayamkaki2 itu telah meraih lebih daripada 117K jumlah tontonan dalam masa 17 jam ia dimuat naik dan merebak ke Twitter dan meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets dalam masa 9 jam.
Wow ada VIP kena hon orang ramai sebab buat orang jem jalan kena tutup kejap nak bagi dia lalu. pic.twitter.com/eE3CfWu277
— Datuk Jahat Hensem (@datukhensem) June 30, 2022
Normalize this – Netizen
Biarpun waktu dan lokasi masih belum dikenal pasti, rata-rata netizen menzahirkan rasa puas hati dan menyokong dengan tindakan mereka buat ini untuk diamalkan jika berlaku perkara yang sama ketika perjalanan nanti.
Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan bahawa mungkin VIP itu ingat yang bunyi hon ini adalah tanda sokongan terhadap mereka.
Dalam pada itu, ramai yang merasakan menyatakan bahawa tindakan sebegini adalah punca urusan pengguna jalan lain jadi terganggu. Haih, ginilah hidup jadi rakyat marhaen.
Baca : “Siapa diorang ni?!”- Netizen Berang Kereta Potong Laluan Waktu Hujan Didakwa VVIP?